Skip to main content

Pasar Tiram yang terbaik!

Sejak adik saya (Najwa) bekerja di Pasir Gudang, banyak juga tempat-tempat menarik yang telah dia jelajahi. Antara tempat yang menarik ialah Pasar Tiram. Pasar yang menawarkan banyak pilihan pakaian, dari baju kemeja-T, seluar, jubah, telekung, tuala dan sebagainya pada harga yang murah. Mereka menjual secara borong, mungkin itu yang menyebabkan harganya agak murah. Namun kita masih boleh beli secara runcit / kecil-kecilan.

Pasar Tiram ini terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Johor. Ia diadakan setiap pagi Khamis, seawal jam 7.00 pagi. Dari cerita yang saya dengar, dan dari pemerhatian saya, peniaga-peniaga di sini majoritinya orang Kemboja. Pasar Tiram ini berlangsung di kawasan lapang seperti padang. Tiada laluan berturap seperti pasar malam. Cuma ada beberapa kedai yang melepa simen untuk tapak petak kedai mereka.

Seawal jam 7.00 pagikami telah tiba di Pasar Tiram tersebut. Mujur Najwa tahu jalan dalam yang menghubungkan Taman Scientex di Pasir Gudang ke Jalan Sungai Tiram. Jalan yang melalui tepi kawasan Takungan Air Sultan Iskandar. Perjalanan yang lebih dekat berbanding menggunakan jalan raya utama. Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit.

Sewaktu kami tiba, banyak kereta yang telah memenuhi kawasan parkir. Bayaran tempat parkir RM2.00 sekali masuk. Kawasan tempat parkir di Pasar Tiram ini saya fikir agak terhad. Kenderaan lain yang tidak dapat parkir, bersusun di tepi jalan, menyesakkan lalu-lintas.

pasar ulu tiram 2012 11 15 00001
pasar ulu tiram 2012 11 15 00002
pasar ulu tiram 2012 11 15 00003
pasar ulu tiram 2012 11 15 00004
pasar ulu tiram 2012 11 15 00005
pasar ulu tiram 2012 11 15 00006
pasar ulu tiram 2012 11 15 00007
pasar ulu tiram 2012 11 15 00008
pasar ulu tiram 2012 11 15 00009
pasar ulu tiram 2012 11 15 00010
pasar ulu tiram 2012 11 15 00011
pasar ulu tiram 2012 11 15 00012
pasar ulu tiram 2012 11 15 00013
pasar ulu tiram 2012 11 15 00014
pasar ulu tiram 2012 11 15 00015
pasar ulu tiram 2012 11 15 00016
pasar ulu tiram 2012 11 15 00017
pasar ulu tiram 2012 11 15 00018
pasar ulu tiram 2012 11 15 00019
pasar ulu tiram 2012 11 15 00020

Kedai-kedai banyak yang baru menaikkan khemah semasa kami sampai. Tak kurang juga kedai-kedai yang telah siap sedia mempamerkan barang jualan mereka, banyak pakaian yang diikat secara pukal. Murahnya pakaian di sini, telekung bersulam boleh dibeli pada harga RM40 sepasang. Cadar yang biasanya RM20 di pasar malam, berharga RM15 disini, dan boleh ditawar lagi. Singlet putih jenama Scuba kalau di kedai biasanya RM10 / RM12, dijual pada harga RM7.00 sehelai. T-shirt cantik-cantik, dijual pada harga sekitar RM20 ke RM35. Sungguhpun murah, kebanyakan saiz baju kemeja, mengikut saiz orang yang sihat (kurus). Masih ada saiz untuk orang besar, tapi kena usaha mencari.

Peniaga warga Pakistan.

Saya perasan kelibat beberapa warga Pakistan dengan pakaian tradisional mereka Salwar Kameez. Mereka memborong banyak pakaian, berbondong-bondong beg plastik merah besar mereka bimbit. Banyaknya modal mereka. Saya fikir mereka akan jual pakaian tersebut di luar Johor. Gigihnya mereka berniaga.

2012-11-15-6202012-11-15-625

Seronok dapat bersiar sambil membeli-belah pakaian yang murah. Kawasan padang Pasar Tiram ini tidaklah tersusun seragam, tapi dua tiga kali pusing, sudah boleh kita hafal laluannya. Naufal yang saya dukung, sudah mula meragam, dah lapar mungkin. Tiga jam kami di Pasar Tiram. Letih dan puas.

Tahun depan nak pergi lagilah. :)

Jalan-jalan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User