Skip to main content

Bercuti di Cameron Highland

Terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada Abang Sid sekeluarga yang telah menaja hari keluarga ini. Hari keluarga yang melibatkan keseluruhan ahli keluarga sebelah isteri ini, telah diadakan di Homestay Kampung Taman Sedia, Cameron Highland.

Penginapan di homestay yang selesa, dekat dengan kebun buah strawberi, memang mengujakan, lebih-lebih lagi, inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke tanah tinggi ini. :D

Angin di tanah tinggi ini sungguh dingin, terutamanya di waktu senja membawa ke pagi hari. Sempat juga kami ke tapak perkemahan Sungai Pauh, ada sungai kecil. Angin yang sejuk, ditambah lagi dengan air yang sejuk, mencabar diri untuk menahan rasa sejuk bermain air sungai. Tapi kerana ceteknya sungai kecil itu, Naufal jelah yang berpeluang main air. Tangan Naufal menggigil.

cameron highland 2012-05-26-01
cameron highland 2012-05-26-02
cameron highland 2012-05-26-03
cameron highland 2012-05-26-04
cameron highland 2012-05-26-05
cameron highland 2012-05-26-06
cameron highland 2012-05-26-07
cameron highland 2012-05-26-08
cameron highland 2012-05-26-09
cameron highland 2012-05-26-10
cameron highland 2012-05-26-11
cameron highland 2012-05-26-12
cameron highland 2012-05-26-13
cameron highland 2012-05-26-14
cameron highland 2012-05-26-15
cameron highland 2012-05-26-16
cameron highland 2012-05-26-17
cameron highland 2012-05-26-18
cameron highland 2012-05-26-19
cameron highland 2012-05-26-20
cameron highland 2012-05-26-21
cameron highland 2012-05-26-22
cameron highland 2012-05-26-23
cameron highland 2012-05-26-24
cameron highland 2012-05-26-25
cameron highland 2012-05-26-26
cameron highland 2012-05-26-27
cameron highland 2012-05-26-28
cameron highland 2012-05-26-29
cameron highland 2012-05-26-30
cameron highland 2012-05-26-31
cameron highland 2012-05-26-32
cameron highland 2012-05-26-33
cameron highland 2012-05-26-34
cameron highland 2012-05-26-35
cameron highland 2012-05-26-36
cameron highland 2012-05-26-37
cameron highland 2012-05-26-38
cameron highland 2012-05-26-39
cameron highland 2012-05-26-40
cameron highland 2012-05-26-41
cameron highland 2012-05-26-42
cameron highland 2012-05-26-43
cameron highland 2012-05-26-44
cameron highland 2012-05-26-45
cameron highland 2012-05-26-46
cameron highland 2012-05-26-47

Sempat juga kami pergi ke pasar malam di Brinchang. Suasana meriahnya yang penuh sesak dengan orang ramai, hingga tak dapat nak membelek barang-barang yang dijual. Strawberi coklat, banyak dijual di pasar malam ini.

Kami cuma bercuti 2 hari, 1 malam di Cameron Highland. Mungkin pada masa akan datang, kami akan berkunjung lagi ke sini, apabila Naufal dah besar. Waktu itu, mungkinkah kesejukan hawa di Cameron Highland akan semakin terhakis? Besar kemungkinan. Sungguh hebat Allah yang menciptakan alam ini. Apakah syurga nanti akan berhawa dingin seperti di tanah tinggi? Allah Lebih Mengetahui.

Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambahkah iman? :)

Jalan-jalan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User