Skip to main content

Kami menjual karipap kentang dan sardin

Sudah 4 minggu kami berniaga kecil-kecilan menjual karipap kentang dan sardin di kantin Kampus KL. Isteri yang memasak inti, menguli tepung, mencanai doh, saya membantu mengelim tepi karipap. Alhamdulillah, karipap kami habis dijual. Permulaannya, kami menjual sebanyak 36 biji, kemudian, setelah agak mahir, bilangan karipap yang dijual sekitar 70 ke 80 biji setiap pagi.

Pada mulanya kami tidaklah bercadang untuk berniaga kecil-kecilan ini, tapi setelah diberi galakan oleh mak supaya kami menjual karipap, akhirnya kami mencuba dengan memberi makan karipap percubaan kepada rakan-rakan saya di pejabat. Rakan-rakan juga memberi galakan supaya saya menghantar karipap ke kantin, kerana dari pemerhatian mereka, bekalan kuih muih sebelah pagi di kantin agak kurang, berbanding dengan bilangan pelajar dan pekerja di Kampus KL ini.

karipap kentang belum goreng

Saya beranikan diri bertanya dengan bos pengusaha kantin Kampus KL, bolehkah saya menghantar kuih karipap, inti kentang dan sardin ke kantin pada waktu pagi. Bos menjawab "silakan, boleh saja."

Alhamdulillah sekali lagi. Kini kami telah mahir membuat karipap kentang dan daging. Berkat dari menolong mak yang berniaga kuih di Kampung Lereh, Melaka.

karipap sardin belum goreng

Kepada saudara, saudari yang berada disekitar kawasan Bangi ini, yang mahu menempah kuih karipap pada hujung minggu. InsyaAllah, kami sedia menerima tempahan. Mungkin saudara, saudari mahu bersedekah kuih-muih kepada majlis di Masjid, atau mahu menambah menu kuih karipap dalam menu makanan kenduri kecil-kecilan. InsyaAllah, kami sedia menawarkan kuih karipap kentang / sardin. Pada harga sebiji RM 0.40.

karipap siap digoreng

Sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan di ruangan komen di bawah, atau mesej di FB atau Twitter saya.

Terima kasih. :)

Update : Kami dah berhenti jual karipap kerana isteri makin sibuk jaga anak dan juga tak larat sebab kehamilan. ?

Bisnes

No comments

Leave your comment

In reply to Some User