Skip to main content

Bekerjalah, walau tak sama bidang pengajian.

Tak sedar diri ini telah hampir 6 tahun bergelumang dalam dunia pekerjaan,sejak dari tamat pengajian Ijazah Sarjanamuda Sains (Bioteknologi Tumbuhan) Dengan Kepujian dari UKM pada Ogos 2006. Permulaan episod dunia kerjaya saya tidak berapa lancar seperti yang dibayangkan semasa bergraduat.

Kerja sebagai pengawal keselamatan


Pengawal keselamatan
Kerana terdesak sangat mahu bekerja (tak mahu dilabel penganggur bertauliah), saya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Bangunan Graha Maju di Bandar Melaka. Memanglah segan, memanglah ada orang mengata, ada ijazah tapi jadi Pak Guard. "Hei, sape kate saya nak jadi Pak Guard selama-lamanya, saya rancang nak jadi Pak Guard paling lama pun 2, 3 bulan saja”. Biarkan orang mengata, yang pentingnya kerja ini halal.

Pegawai Khidmat Pelanggan
Kerja jawab telefonAlhamdulillah, berkat berbaik-baik dengan jiran, ada jiran yang sanggup mencadangkan saya diambil bekerja di Sudong Sdn. Bhd. yang berpejabat di Bandar Hilir, Melaka. Sebuah syarikat di bawah Singtel Pte. Ltd. Sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, saya bertanggungjawab mengendalikan panggilan telefon pelanggan Singtel berkaitan talian telefon rumah mereka. Orang mengata juga, bahkan rakan sekerja juga seperti hairan, apa seorang pemegang ijazah bioteknologi buat di syarikat telekomunikasi ini? "Aduhai, kalau senang nak dapat kerja berkaitan bidang yang saya belajar, dah lama saya cabut dari sini". Biarlah orang mengata, yang pentingnya, kerja ini halal.

Kerja di Biotechnology Entrepreneurship Special Training

Pelatih Biotechnology entrepreneurship Special Training (BeST) program.
Program yang dianjurkan Malaysia Biotechcorp. Program selama 6 bulan ini bertujuan membantu graduan dalam bidang berkaitan bioteknologi / sains hayat untuk mendapat pekerjaan yang berkaitan dengan bidang sains.

kerja di biotek Melaka

Pegawai Sains di Perbadanan Bioteknologi Melaka.
Alhamdulillah, dari program BeST yang ikuti itu, saya diterima berkhidmat di Perbadanan Bioteknologi Melaka, MITC, Ayer Keroh. Masuk semula ke dalam bidang kerja yang berkaitan dengan bioteknologi.

Pegawai sains di Fakulti Farmasi, UKM.
Walaupun seronok bekerja di Melaka, tetapi kerana taraf jawatan hanyalah kontrak 2 tahun yang bersambung, saya merasakan perlu untuk mencari peluang kerja yang lebih baik. Alhamdulillah, diberi peluang untuk saya berkhidmat sebagai Pegawai Sains di Fakulti Farmasi, UKM, dengan taraf jawatan tetap.

Sewaktu bergraduat 6 tahun yang lalu, memang saya ada membayangkan yang saya akan bekerja dalam persekitaran makmal sains hayat. Cuma saya tidak menyangka yang jalan menuju kearah apa yang dicita bukanlah jalan yang lurus, malah ia adalah jalan yang bersimpang siur bahkan kekadang terkeluar seketika dari landasan. Walau tersasar dari landasan, yang paling penting, kerja itu kerja yang halal.

rahsia lulus temuduga kerajaan dengan mudah

No comments

Leave your comment

In reply to Some User