Skip to main content

Buku Mencapai Keluhuran Budi

Buku kedua Za’ba yang saya baca selepas Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, ialah buku bertajuk Mencapai Keluhuran Budi.

Buku ini merupakan himpunan 10 artikel karangan Za’ba yang mana, kebanyakan rencana itu pernah disiarkan dalam Majalah Qalam.

Empat rencana menyentuh tentang agama. Empat rencana tentang ibubapa mendidik anak dalam rumahtangga. Dua rencana tentang berjimat cermat.

Menarik, selalunya kalau tulisan rencana berkaitan agama, topik kekeluargaan, mendidik anak, memang banyak ditulis, tetapi dalam buku ini, penyusun sengaja meletakkan dua rencana tentang berjimat cermat.

Za’ba menasihatkan supaya anak bangsanya beringat, berjimat cermat di waktu kaya, berjimat cermat di waktu miskin, bagi menghadapi masa depan yang tidak pasti.

Berbalik kepada tajuk buku Mencapai Keluhuran Budi. Bagaimana mahu mencapai keluhuran budi? Jawabnya melalui agama. Agama didatangkan kepada manusia supaya manusia dapat menyusun aturan perjalanan hidup dengan baik. Baik terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, baik juga dengan alam sekitar dan makhluk-makhluk yang lain.

Rasanya Za’ba cuba untuk menyedarkan anak bangsanya bahawa ada kaitan antara melaksanakan ibadah-ibadah khusus dengan melatih akhlak diri, menjadi akhlak yang terpuji.

Buku ini boleh dibaca secara melompat bab, kerana tiada kesinambungan antara bab. Sesuai juga dibaca berulang kali satu-satu bab, supaya dapat menghayati isi penting nasihat Za’ba, dan akhirnya supaya kita dapat berbudi luhur dalam kehidupan dunia ini.

Teringat pula saya kepada salah satu rukun negara yang menggunakan istilah keluhuran :

Keluhuran perlembagaan.

Istilah luhur bermaksud mulia, tinggi, agung.

Buku

No comments

Leave your comment

In reply to Some User