Diari makan hari # 2
Rakan-rakan sekerja di pejabat rancang nak buat makan-makan dengan menu nasi putih dan sup daging. Daging banyak lebih dapat dari korban hari tu.
Jadi, disebabkan dah tahu akan ada makan-makan tengahari nanti, saya pun sarapan ala kadar, sedikit saja. Pengat pisang, dengan pisangnya separuh, serta air Nescafe 3 in 1 secawan.
Mencabar juga apabila sarapan ala kadar ni. Pukul 11, perut dah berbunyi, tanda minta disuap makanan. Jadi, pukul 11.30, sup dah siap masak, dan nasi pun dah sedia, saya makan dulu.
Mujur kali ni, saya cedok nasi sendiri, dapatlah kawal sedikit jumlah nasi dalam pinggan. Sup daging pula mewah dengan kentang dan tomato. Memang sedap, ditambah pula dengan sambal kicap.
Balik dari solat Jumaat, pukul 3.30 petang, oleh kerana ada banyak lagi sup daging dan nasi. Saya dan Fareez makan untuk kali ke dua. Kali ini pun sama juga, saya cuba untuk kawal saiz hidangan nasi saya.
Oh ya, ada juga kuih biskut raya yang menggoda, saya makan 2 biji biskut raya tu.
Balik kerja, di rumah, sebelum makan malam, terasa lapar, jadi saya makan sikit buah belimbing besi. Saya beli kat pasar malam hari Selasa tempoh hari. Makan malam pula, lepas solat Maghrib, nasi sedikit, kaki ayam, hati dan pedal ayam goreng dengan sayur berempah dan lembap (macam ala-ala paprik, tapi rempah lain). Berulamkan petai, dan penambah perisa sambal hitam Raub, Pahang.
Sebelum nak tidur, saya minum segelas susu full cream Fernleaf.
Kalau anda perasan, air manis ataupun air berperisa yang ada dalam gambar, hanyalah air Nescafe waktu sarapan, dan juga susu waktu malam. Untuk kawal kalori, kita selalu pandang ringan pada air manis / berperisa, sedangkan air manis ada banyak kalori dari gula yang ada dalamnya.