Skip to main content

Berbasikal di Taman Botani Putrajaya, hari hujan.

Naufal tiba-tiba teringat nak kayuh basikal di Taman Botani Putrajaya. Walaupun petang tu nampak macam mendung saja, kami pergi juga ke sana, dengan harapan tak hujan.

Ini kali ke-3 kami ke sini, selepas 2 kali yang terakhir kami datang, tempat untuk sewa basikal tu tutup. Rupanya baru saya tahu, sebelah petang, kalau nak sewa basikal, kena beli tiket sewa kat kaunter sebelum pukul 5. Kaunter tutup pukul 5, lebih kurang gitu.

Harga bayaran, basikal dewasa RM10/jam.

Basikal dewasa dengan carrier (bawa baby kat belakang) RM12/jam.

Basikal kanak-kanak RM10/jam.

Nampak macam semuanya berjalan lancar, kecuali cuaca. Selepas kami ambil basikal, kayuh sikit, dah mula rasa rintik-rintik gerimis. Kami kayuh la juga, tapi tak berapa jauh. Takut nanti jauh sangat, hujan lebat, takde tempat nak berteduh.

Naufal pula nampak macam tak selesa dengan basikal yang kali ini dia dapat. Hmm.. mungkin kena beli basikal sendiri agaknya.

Jalan-jalan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User