Bagaimana memasang script True Comp Duplicator di After Effects
Ini semua gara-gara benda ini hanya saya lakukan sekali setakat ini. Selepas pasang, guna, dah lama, sekitar dah lebih 2 tahun, baru kini ada permintaan untuk pasang sekali lagi True Comp Duplicator. Rasa geram juga dengan diri sendiri, haha.. ingatkan cara pasangnya ialah double click pada ikon file itu, atau pilih open with After Effects, rupanya hanya perlu copy dan paste ke dalam folder yang tertentu. Hampeh.. habis berjam-jam masa, hanya kerana tak mahu Google dahulu 'how to install True Comp Duplicator' ini dari awal.
Bagi orang newbie dalam After Effects, yang hanya pandai godek templat sedia ada, duplicate composition merupakan suatu aktiviti penting, untuk menambahkan composition yang kita inginkan. Contohnya ada composition / slide dalam templat After Effects itu yang kita rasa nak ulang lagi, maka kita akan duplicate. Untuk duplicate composition yang ringkas, yang hanya melibatkan grafik dan teks, bolehlah ikut panduan yang diberikan oleh bluefx.net ini :
Tapi untuk duplicate composition yang bagi saya, agak complicated, seharusnya kita gunakan script True Comp Duplicator. Kerja menduplicate akan jadi lebih mudah. Yeah.. :D Jadi bagaimana nak copy dan paste script itu ke dalam folder yang dikhususkan?
Sebelum itu, kat mana nak dapatkan script True Comp Duplicator ni? Kena bayar tak?
Kita boleh dapatkan script True Comp Duplicator dari sini. Harga yang diletakkan $29.44 adalah cadangan sahaja. Kita boleh sahaja letak $0.00. Tapi kalau anda ada banyak duit, bayarlah sedikit, $1.00 ke, buat sokongan moral sedikit kepada pengarang script ini.
Kita kena daftar akaun dahulu, kemudian nanti barulah boleh dapat pautan (link) untuk muat turun fail script itu.
Dah siap download, saya ingatkan kena double click ikon fail script itu, rupanya copy script itu, dan paste ke dalam folder script. Itu sahaja. :D
Adobe > After Effects > Scripts (Kalau di Windows)
Application > Adobe After Effects > Scripts (Kalau di Mac)
Apabila kita nak duplicate composition, pilih composition yang hendak diduplicate dari kotak projek, bukan dari kotak timeline, lepas tu klik pada File > Scripts > True Comp Duplicator.
Tetingkap True Comp Duplicator akan dipaparkan.
Mudah sahaja bukan? Haha.. begitulah, bila saya begitu yakin install dengan hanya double click, berjam-jam masa terbuang. :D
Selamat mencuba duplicate composition dan hasilkan video yang hebat. :)