Kereta dah habis bayar, ansuran bulanan yang terakhir
Akhirnya, masa yang dinanti selama 9 tahun telah pun tiba. Apakah dia? Itulah dia masa berakhirnya bayaran ansuran bulanan kereta saya. Alhamdulillah.. Memang lain macam rasa kelegaannya. Apabila saya bercerita kepada kawan-kawan, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan kata “wah, untunglah, ada duit lebih la lepas ni..” :D Ada juga kawan saya yang mula mengusik “kereta CRV yang baru ni cantik kan?” Haha. Pengalaman dan pembacaan telah mendewasakan, mematangkan fikiran. Saya takde rasa nak ambil kereta baru setakat ini. Masih cukup dengan MyVi sedia ada.
Nak cerita sikit pengalaman saya berurusan dengan bank untuk ansuran bulanan yang terakhir.
Nasib baik saya telefon dahulu pihak bank untuk tanya jumlah bayaran bagi bulan yang terakhir ini, kalau tak, saya dah bayar macam bulan-bulan yang lepas. Saya tahu yang bulan terakhir ini jumlah bayaran ansurannya kurang sedikit berbanding ansuran bulanan yang sebelum ini, tapi untuk nak tahu jumlah yang tepat, saya call pihak Affin Bank. Saya dah dapat nombor telefon bahagian pinjaman kenderaan dari operator yang saya telefon sebelum ini.
Jumlahnya lebih RM372 kalau saya bayar keesokan harinya, lain hari, lain jumlahnya. Saya tak pasti berapa. Saya baru nak tanya macam mana nak bank in jumlah RM372 ni kat mesin Cash Deposit Machine (CDM), pegawai bank di hujung talian beritahu "encik kena bayar kat kaunter, bawa duit cukup untuk bayar, RM372 tu termasuk dengan courier sekali".
"Ooo.. boleh courier kat rumah saya ke?" saya bertanya.
"Eh, tak encik, kami courierkan ke Affin Bank cawangan yang encik pergi untuk settlekan ansuran terakhir ni. Nanti encik ambil dari cawangan bank tu."
Oh, begitu rupanya prosedurnya. Geran kereta adalah benda berharga, jadi mereka memang kawal dari segi keluar masuk dokumen-dokumen berharga ni.
Ada satu cawangan Affin Bank yang dekat dengan pejabat saya. Affin Bank cawangan Jalan Ipoh. Waktu rehat tengahari, saya bergegas dengan motorsikal ke bank di Jalan Ipoh itu. Tanya pada pengawal, "saya nak buat last settlement duit kereta". "Encik jalan terus, ada tangga di kanan, naik tingkat satu" jawab pengawal.
Ambil nombor giliran, tungu dipanggil. Kemudian pegawai di kaunter pun tanya "cawangan mana?". "Saya buat loan dulu kat cawangan Melaka Raya". Pegawai tadi ambil nombor kereta saya, lepas tu dia pun berikan borang deposit duit, siap dah tulis jumlah amaun yang perlu dibayar.
"Encik bayar kat kaunter kat bawah ya."
Selesai bayar, rasa lega sungguh dalam hati. Sembilan tahun penantian, akhirnya habis jua. Ada rasa nak beli kereta baharu? Takde. Yang ada rasa, nak kumpul duit untuk tampung belanja masuk ke rumah baharu nanti (mungkin lagi 1 atau 2 tahun lagi).