Skip to main content

Penting Atau Segera, Yang Mana Satu Dulu?

Dalam menguruskan kehidupan kita, ada dua kategori yang mengelaskan aktiviti harian kita. Penting (important) dan segera (urgent). Kadangkala, tanpa kita sedari, kita hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara yang segera, walaupun kadang-kadang perkara yang segera itu tidak penting. Kehidupan kita yang singkat ini, amatlah berharga untuk disia-siakan kepada perkara yang tidak penting.

Pengurusan aktiviti harian kita, bolehlah dikelaskan dalam empat kuadran. Kuadran Pertama; Penting dan Segera, Kuadran Kedua; Penting tapi Tak Segera, Kuadran Ketiga; Tak Penting tapi Segera, Kuadran Keempat; Tak Penting dan Tak Segera. Untuk memudahkan kita melihat keempat-empat kuadran ini, lihat rajah di bawah :

  Segera (Urgent) Tak Segera (Not Urgent)
Penting (Important) Kuadran I
  • Krisis
  • Masalah mendesak
  • Projek yang semakin dekat tarikh akhir
Kuadran II
  • Persediaan
  • Pencegahan
  • Pencerahan nilai-nilai
  • Pembinaan hubungan
  • Rekreasi yang sebenarnya
  • Menguatkuasa
Tak Penting (Not Important) Kuadran III
  • Gangguan, sesetengah panggilan telefon.
  • Sesetengah mel, sesetengah laporan-laporan
  • Sesetengah mesyuarat
  • Banyak hal-hal yang mendesak,yang berhampiran
  • Banyak aktiviti-aktiviti popular
Kuadran IV
  • Trivia, kerj-kerja sibuk
  • Email junk
  • Sesetengah panggilan telefon.
  • Pembaziran masa.
  • Aktiviti "melepaskan" diri.

Dengan mengetahui pengkelasan terhadap aktiviti harian kita, adalah diharapkan, ia dapat menjentik naluri sifat ingin menjadi yang terbaik dalam jiwa kita.

 

Kekadang saya bertanya diri sendiri, dalam aktiviti berblog, yang mana dikatakan penting? Yang mana dikatakan segera? Berikut adalah pendapat saya :

  Segera (Urgent) Tak Segera (Not Urgent)
Penting (Important) Kuadran I
  • Krisis (Laman web digodam)
  • Masalah mendesak (Laman blog diserang virus)
  • Projek yang semakin dekat tarikh akhir (Penyertaan peraduan yang semakin hampir tarikh tutup, tiada entri baru setelah hampir lebih 1 bulan)
Kuadran II
  • Persediaan (Mengemaskini entri terbaru).
  • Pencegahan (Mengemaskini plugin kepada versi terbaru).
  • Pencerahan nilai-nilai (Muhasabah nilai-nilai diri dan laman blog yang dibina).
  • Pembinaan hubungan (Membalas komen, dan membuat lawatan balas kepada pengunjung blog).
  • Rekreasi yang sebenarnya (Beriadah, sihatkan tubuh badan).
  • Menguatkuasa (Mendalami lagi ilmu-ilmu berkaitan nic yang kita tulis, ilmu-ilmu tentang blog, dan yang berkaitan).
Tak Penting (Not Important) Kuadran III
  • Gangguan, sesetengah panggilan telefon.
  • Sesetengah mel, sesetengah laporan-laporan
  • Sesetengah mesyuarat
  • Banyak hal-hal yang mendesak,yang berhampiranBanyak aktiviti-aktiviti popular
Kuadran IV
  • Trivia, kerj-kerja sibuk
  • Email junkSesetengah panggilan telefon.
  • Pembaziran masa.
  • Aktiviti "melepaskan" diri. (Melayari internet tanpa malamat yang jelas).

Saya tak dapat nak bagi contoh aktiviti dalam Kuadran Tiga; Tak Penting, tapi Segera. Bagaimana dengan anda? Adakah sama pandangan kita?


 

Ilmu berkaitan pengurusan masa ini saya petik sebahagiannya dari buku First Thing First.

yang utama

Gambar diambil dari theremakableway.com

No comments

Leave your comment

In reply to Some User