Mee Goreng Pedas; sedap.
Petang hari minggu, tiba-tiba terasa mahu makan mee goreng. Lantas saya ke kedai membeli bahan-bahan yang tiada di rumah, untuk memasak mee goreng. Bahan-bahan yang saya beli ialah mee kuning, sawi, taugeh, daun bawang, daun sup. Bahan-bahan yang lain seperti cili, bawang, dan sebagainya sudah ada di rumah.
Resepi mee goreng yang saya masak ini adalah ikut rasa hati dan logik fikiran saya. Mujur ada isteri yang sudi membantu menjadi penunjuk arah yang benar untuk memasak mee goreng. Hehe..
(a) Bahan untuk ditumis.
- Bawang besar 2 biji
- Bawang putih 5 ulas
(b) Bahan-bahan rencah dan bahan utama
- Mee kuning 1 bungkus
- Cili mesin / kisar 2 sudu (ini yang buat pedas nih)
- Sos cili 2 sudu besar
- Kicap manis 2 sudu besar
- Sayur sawi di potong kecil
- Fishcake / daging ayam dihiris
- Telur 1 biji
- Taugeh
Cara-caranya :
- Panaskan minyak untuk menumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang dadu. Goreng sehingga hampir garing, masukkan cili mesin 2 sudu besar. Kalau takut pedas, masuk 1 sudu besar, sudah mencukupi.
- Goreng cili mesin sehingga garing. Masukkan sos cili dan kicap manis. Kemudian masukkan pula bahan-bahan rencah, fishcake / ayam hiris, sayur sawi dan kacaukan hingga sebati.
- Tolak ke tepi sedikit dalam kuali, untuk beri ruang kita menggoreng telur, hancurkan telur yang dah digoreng, dan gaulkan semula.
- Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Gaul hingga sebati.
- Masukkan mee kuning, kacau hingga sebati dan akhir sekali, baru masukkan taugeh.
Alhamdulillah, lepaslah gian nak makan mee goreng pedas petang minggu itu. Sedap dimakan panas-panas. Resepi mee goreng anda pula bagaimana?