Penting Atau Segera, Yang Mana Satu Dulu?
Dalam menguruskan kehidupan kita, ada dua kategori yang mengelaskan aktiviti harian kita. Penting (important) dan segera (urgent). Kadangkala, tanpa kita sedari, kita hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara yang segera, walaupun kadang-kadang perkara yang segera itu tidak penting. Kehidupan kita yang singkat ini, amatlah berharga untuk disia-siakan kepada perkara yang tidak penting.
Pengurusan aktiviti harian kita, bolehlah dikelaskan dalam empat kuadran. Kuadran Pertama; Penting dan Segera, Kuadran Kedua; Penting tapi Tak Segera, Kuadran Ketiga; Tak Penting tapi Segera, Kuadran Keempat; Tak Penting dan Tak Segera. Untuk memudahkan kita melihat keempat-empat kuadran ini, lihat rajah di bawah :
Segera (Urgent) | Tak Segera (Not Urgent) | |
Penting (Important) | Kuadran I
|
Kuadran II
|
Tak Penting (Not Important) | Kuadran III
|
Kuadran IV
|
Dengan mengetahui pengkelasan terhadap aktiviti harian kita, adalah diharapkan, ia dapat menjentik naluri sifat ingin menjadi yang terbaik dalam jiwa kita.
Kekadang saya bertanya diri sendiri, dalam aktiviti berblog, yang mana dikatakan penting? Yang mana dikatakan segera? Berikut adalah pendapat saya :
Segera (Urgent) | Tak Segera (Not Urgent) | |
Penting (Important) | Kuadran I
|
Kuadran II
|
Tak Penting (Not Important) | Kuadran III
|
Kuadran IV
|
Saya tak dapat nak bagi contoh aktiviti dalam Kuadran Tiga; Tak Penting, tapi Segera. Bagaimana dengan anda? Adakah sama pandangan kita?
Ilmu berkaitan pengurusan masa ini saya petik sebahagiannya dari buku First Thing First.
Gambar diambil dari theremakableway.com