Skip to main content

Menangguhkan Kepuasan dan Kejayaan

Saya selalu terjumpa dengan ayat “menangguhkan kepuasan” atau delay gratification untuk mencapai kejayaan. Selalunya kejayaan itu dikaitkan dengan pengurusan kewangan, boleh juga dikaitkan dengan berdiet untuk lebih sihat, dan sebagainya.. Dalam bab 7 ; Menangguhkan Kepuasan dan Kejayaan, buku Psikologi Kejayaan karangan Pn. Ainon Mohd, ada dibincangkan dengan agak mendalam tentang hal menangguhkan kepuasan dan kejayaan.

Rupanya keupayaan ‘menangguhkan kepuasan’ itu adalah ciri psikologi individu yang berjaya. Ciri ini menyebabkan seseorang itu sanggup menagguhkan kepuasan hari ini bagi menikmati kepuasan yang lebih besar pada hari esok.

Kita selalunya nakkan kepuasan itu segera. Kalau ada duit nak pergi belanja hari ini, walaupun akan merosakkan pelan kejayaan pengurusan kewangan kita di kemudian hari. Kalau ada makanan yang sedap di depan mata, kita nak puaskan selera waktu itu juga, walaupun akan merosakkan pelan kejayaan pengurangan berat badan kita.

Rasanya kita semua pernah dengar kisah angsa yang bertelur emas. Petani itu tidak sanggup menunggu angsa itu bertelur sebiji sehari, dia mahu mendapatkan semua telur itu serentak, sekaligus, lalu dibunuhnya angsa itu dan dibuka perutnya kerana hendak mengambil telur-telur yang ada di dalamnya. Ia adalah kisah berkenaan seorang yang tidak sanggup menangguhkan kepuasan.

Satu penyelidikan ujian personaliti yang dikenali dengan nama ujian gula-gula getah (marshmallow), sangat menarik untuk dikongsikan.

Kalau anda nak cepat, boleh tonton video youtube ini tentang ujian tersebut. Dalam bahasa inggeris disebut sebagai The Marshmallow Test.

Walter Mischel di Universiti Stanford ialah pencipta ujian personaliti The Marshmallow Test tersebut. Ujian ini diberikan kepada sekumpulan kanak-kanak tadika berusia empat tahun. Di dalam ujian itu, kanak-kanak tersebut diberi gula-gula getah (marshmallow) sebiji seorang. Kemudian mereka diberitahu jika mereka sanggup menunggu sampai si penyelidik datang lagi, mereka boleh dapat dua biji gula-gula. Kalau tidak sanggup menunggu, mereka boleh makan gula-gula yang sudah dihidangkan itu, dan tidak akan dapat lagi marshmallow yang kedua.

Mereka boleh makan marshmallow itu sekarang juga. Bagi kanak-kanak empat tahun, ujian begitu sangat berat bagi hati dan perasaan mereka. Ia adalah konflik dahsyat antara nafsu dan kesabaran, antara mahu puas sekarang dan sanggup menanti kepuasan yang lebih besar, antara kehendak dan kesanggupan menahan diri. Apa yang akan dilakukan oleh kanak-kanak itu mengandungi erti yang penting. Ia memnerangkan peribadi kanak-kanak itu dan memberi gambaran jalan hidup yang akan dilalui oleh kanak-kanak itu pada masa depan.

Bagi seorang kanak-kanak, godaan marshmallow itu sungguh hebat, nak makan sekarang atau tangguh kejap dalam 15 minit, dan akan dapat 2 marshmallow.

Bagi kita yang dewasa, godaan makanan yang sedap-sedap, nasi lemak ayam contohnya, begitu hebat. Nak kenyang dan sedap sekarang, atau tangguh kejap dalam seminggu untuk makan pada ‘cheat day’ dan dapat badan yang lebih sihat.

Begitu juga godaan apabila dapat duit gaji di hujung minggu, nak belanja sepuasnya pada hari gaji, atau tangguhkan kepuasan berbelanja dengan menyimpan sedikit duit gaji, dan dapat hasil simpanan yang lebih banyak di hujung tahun untuk dijadikan modal pelaburan bagi menuju ke jalan kejayaan kewangan.

Keupayaan menahan runtunan nafsu adalah kemahiran psikologi yang paling penting.

Ia adalah asas kepada tabiat dan keupayaan mengawal diri sendiri.

Untuk lebih menghayati ciri-ciri yang perlu ada untuk kita menjadi seorang yang berjaya, bolehlah dapatkan buku ini :

Buku Kejayaan yang saya baca adalah versi lama, elok juga baca versi baru di atas.


No comments

Leave your comment

In reply to Some User