Fork tayar depan motor EX-5
Dah lama fork tayar depan motor EX-5 saya ni bermasalah. Minyak pelincirnya dah meleleh keluar, menghitamkan fork. Suspensi pun dah tersekat-sekat. Lama saya biarkan. Hinggalah fork itu tersekat langsung, suspensi tak mahu menganjal. Bahaya sungguh bila terlanggar lubang sewaktu tengah laju, boleh terbabas dibuatnya. Maka segeralah saya ke kedai motor.
Kedai motor yang saya pergi ini adalah kedai yang saya pernah pergi sebelum ini, menukar tayar tanpa tiub (tubeless). Alhamdulillah, dah hampir 8 bulan, tayar tersebut masih elok, cuma tayar belakang dah botak sangat, dah dekat kena tukar dah.
Bagi anda yang tak tahu apa itu fork, ia adalah 2 batang besi yang mengapit tayar dan ada spring suspensi, menyerap hentakan. Saya pun pada mulanya tak tahu apa nama benda tu, hinggalah mekanik tu kata “ini fork.” :D
“You mau yang biasa punya, RM80, tapi tak berapa sedap aa.., yang baik sikit, RM110, lagi baik RM160, ada lagi baik, RM200 pun ada..” kata mekanik.
“Takpe.. bagi saya yang RM110 dah, err.. ini masuk upah kan?” tanya saya.
“You mau bayar upah lebih pun boleh.. tokey tak marah.” balas mekanik.
Haha.. Rupanya RM110 tu harga barang termasuk upah. Ya, kadang-kadang kita kena bertanya dengan terperinci, takutnya ada caj-caj tersembunyi.
Alhamdulillah, kini motor EX-5 saya dah dipasang fork yang baru, suspensi tayar hadapan terasa serapan hentakannya. Hehe, macamlah pelumba motorsikal, padahal bawa motor purata 80km/j jer kelajuan. :D
Semoga bermanfaat buat penunggang dan pemilik motorsikal EX-5 yang lain. Kalau ada tips lain berkaitan motorsikal EX-5 yang mungkin saya tak tahu, kongsikanlah di kotak komen di bawah.