Skip to main content

Bercuti bersama keluarga di Cameron Highland

Cuti hujung minggu yang panjang kerana diapit cuti Hari Pekerja dan cuti ganti Hari Wesak, memberi peluang buat kami bercuti sekeluarga di Cameron Highlands. Dari carian internet, ramai yang mengesyorkan menginap di Homestay Kampung Taman Sedia kerana kebun-kebun strawberi yang dekat.

Dahulu, saya bersama dengan keluarga sebelah isteri bercuti di sini. Kini saya bersama dengan abah dan mak, serta keluarga adik-adik bercuti, berjalan-jalan di sini. Saja bawa abah jalan-jalan bersiar-siar. Abah tak pernah sampai ke Cameron Highland. Kami tiba di Kampung Raja kira-kira pukul 4.30 petang. Saya fikir, sempat untuk solat jamak Zohor Asar di homestay nanti. Sedangkan dah nampak masjid Kampung Raja tu.

Pengalaman serik, trafik sesak tak bergerak.

Pengalaman serik kami di Cameron Highland, pukul 4.30 petang melepasi Kampung Raja. Pukul 8.30 malam baru kami sampai ke Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Empat jam kami terperangkap dalam kesesakan trafik sepanjang 10km.

Habis waktu Asar dan Maghrib. Malam itu di homestay kami solat jamak dan qada' sekali solat Zohor dan Asar. Kasihan pada abah, sebab kaki abah tak boleh duduk lama-lama dalam kereta, nanti kaki abah bengkak.

cameron highland 20150503 17 21 53 Pro

cameron highland 20150503 19 26 49 Pro

Menambahkan lagi pengalaman serik kami, kabel gear kereta saya terlucut dari batang gear. Gear tersekat pada gear L sahaja, tak boleh tukar ke D atau N. Saya bertambah tak selesa, cemas dan geram, dahla terperangkap dalam trafik sesak, kabel gear pula terlucut. Rasa kurang seronok nak bercuti kali ini.

Mujur, esoknya ada bengkel yang buka di Tanah Rata. Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sedikit pembaikan, batang gear dah dapat diikat ke hujung kabel gear. Gear dah boleh tukar-tukar.

cameron highland 20150503 19 27 00 Pro

bengkel kereta di cameron highland 20150504 09 50 43 Pro

cameron highland 20150504 10 01 48 Pro

Disebabkan oleh hal itu (kereta ada masalah), tak dapatlah kami berjalan-jalan dengan kereta. Kami hanya bersiar-siar sekitar Kampung Taman Sedia dengan berjalan kaki. Adalah juga seronok sikit. :)

Cameron Highland makin kurang sejuk dan kurang cantik

Abah yang tak pernah sampai ke Cameron Highland menjangkakan pemandangan yang hijau indah dan nyaman. Akan tetapi, masuk sahaja ke Kampung Raja, pemandangan yang kurang cantik yang abah nampak. Bangunan-bangunan yang semakin banyak didirikan. Lereng-lereng bukit yang ditarah, didirikan kanopi untuk tanam sayur, banyaknya kawasan tanah warna merah kerana dibersihkan untuk ditanam sayur berbanding pemandangan menghijau. Cameron Highland berasa amat sejuk hanya di sepertiga malam terakhir dan di awal pagi seusai Subuh. Selepas pukul 9, apabila matahari telah terbit dan naik sedikit, terasa hilang sejuk nyaman Cameron Highland.

cameron highland 20150504 07 42 13 Pro

cameron highland 20150504 11 22 38 Pro

Bukan hanya salah peladang dan pemaju yang mencacatkan pemandangan Cameron Highland, pengunjung yang sesuka hati mencampak sampah sarap, tanpa ada rasa sesikit bersalah pun. Allahuakbar..

Dan kita hanya mampu mengeluh sahaja.

Percutian ke Cameron Highland seharusnya seronok. Memang ada rasa seronok sedikit, tapi apabila melihatkan perangai manusia yang merosakkan alam ini, rasa seperti kurang yakin, Cameron Highland akan kekal cantik lagi 10, 15 tahun akan datang.

elak tertipu di bengkel kereta

Jalan-jalan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User