Skip to main content

Video montaj sejarah, siap dalam masa 24 jam.

Saya dapat arahan seawal bulan Jun lagi untuk sediakan video montaj mengisahkan sejarah penubuhan program Farmasi. Akibat bertangguh dan berlengah dalam mendapatkan sumber-sumber (resources) bahan untuk dijadikan video, maka bolehlah saya katakan, video montaj kali ini saya siapkan agak tergesa-gesa, kerja minit terkahir (last minute work). Namun alhamdulillah, mujur siap. :)

Seperti yang saya pernah buat sebelum ini, video montaj kali ini saya beli templatnya dari videohive.net. Banyak juga templat yang menarik, tetapi yang menjadi pertimbangan saya ialah aspek kesukaran untuk edit templat tersebut. Sesuai dengan ilmu edit dan gubah (compose) video saya menggunakan Adobe After Effects yang masih sangat cetek.

Kerja-kerja mengimbas gambar-gambar lama memakan masa yang agak lama juga. Mujur saya dapat kumpulkan gambar-gambar lama dari album bekas rakan sekerja yang telah bersara pada tahun lepas. Orang lama. Bahan-bahan nostalgik seperti gambar-gambar masih disimpan elok dalam album.

Setelah mengimbas (scan) gambar-gambar, langkah seterusnya ialah menyusun jalan cerita. Oleh kerana saya seperti kerja syok sendiri, maka jalan cerita video yang saya nak hasilkan ini, syok sendiri jugalah. Haha..

Menggunakan laptop Macbook Pro saya yang berspesifikasi 8GB RAM dan ada Intel HD Graphics 3000 512 MB, kerja-kerja mengedit gambar-gambar yang telah diimbas ke dalam templat projek video After Effects berjalan lancar. Cuma yang saya agak tidak berapa faham, kenapa Macbook Pro saya ambil masa sehingga 20 jam untuk render video berdurasi 2 minit 11 saat? Saya masih hairan.

Itu yang menyebabkan saya terpaksa kerja minit akhir (last minute), esoknya video nak ditayangkan pada pukul 9 pagi, hari ini pukul 7 petang saya terpaksa edit lagi, memandangkan jalan cerita video montaj saya yang sangat syok sendiri. Hehe..

Mujur saya ada laptop backup, ASUS, 6 GB RAM dengan kad grafik untuk edit dan render video dengan pantas sedikit. Alhamdulillah. Video berdurasi 2 minit 11 saat dapat dirender dalam masa bawah 2 jam. Video berdurasi 1 minit lebih dapat dirender bawah 1 jam setengah.

Alhamdulillah.. Inilah hasilnya video montaj sejarah, siap dalam masa 24 jam.

Kenapa panggil montaj? Entah. Pada pendapat saya, mungkin kerana video ini tidak melibatkan rakaman dialog pelakon dan hanya memuatkan gambar-gambar dengan transisi menarik serta ada lagu latar mengiringi tayangan.

Berapa kos nak siapkan video ini? Untuk beli templat, boleh semak harganya di videohive.net. Untuk kos masa, tenaga, perhatian, idea, saya anggap ini sedekah sambil belajar, memandangkan saya pun masih terkial-kial nak gubah (compose) video guna Adobe After Effects. :)

No comments

Leave your comment

In reply to Some User