Skip to main content

Cara membuat video korporat dengan menggunakan After Effects

Sewaktu di bengkel edit video tempoh hari, saya ada berbual dengan seorang peserta yang ada pengalaman membuat video (compose video). Dia menggunakan perisian Adobe After Effects. Saya berminat untuk tahu lebih lanjut. Berbual dengan dia, saya dapat banyak maklumat. Saya cuba untuk membuat video korporat untuk organisasi tempat saya bekerja.

Pencarian di Google untuk katakunci buat video guna After Effects, membawa saya ke laman Adlan Khalidi. Dari entri dia dan komen berkenaan entri tersebut, saya dapat maklumat tentang laman web Envato. Laman yang mengumpulkan hasil seni digital seperti stok gambar, stok video, templat Photoshop, templat Indesign, templat After Effects, lagu latar dan sebagainya.

tempate after effects

Selongkar laman web videohive, saya jumpa templat video korporat ini. Muat turun, terus saya terjun mahu mencuba edit templat ini. Berbekalkan sedikit ilmu asas yang saya belajar dari laman web videocopilot dan youtube KriscoartProdcution, saya tak sabar nak siapkan video korporat ini.

after effects perisian

Masa yang saya ambil, lebih seminggu. Meneliti lapis demi lapis (layer). Mengumpulkan gambar-gambar yang sesuai. Edit nombor-nombor dalam graf dan carta. Akhir sekali, setelah puas hati. Masa untuk render. Tak sangka pula, untuk render video berdurasi 4 minit 15 saat mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit. Mungkin kerana spesifikasi laptop saya tak cukup mantap kot.

Hasilnya. Alhamdulillah.

No comments

Leave your comment

In reply to Some User