Kenapa perlu membaca?
Membaca jambatan ilmu. Bangsa membaca bangsa berjaya. Kita biasa dengar slogan ini dilaungkan, tapi budaya membaca dikalangan kita masih terhad kepada keperluan pembacaan di sekolah atau institut pengajian tinggi.
Selalunya kita disuruh membaca untuk mencapai cita-cita, terutamanya dalam pekerjaan. Apabila sudah dapat kerja, perlu lagi ke membaca? Kalau harta dah banyak, simpanan duit dah juta-juta, masih perlukah kita membaca?
Hari ini saya terjumpa kata-kata hikmah yang memberikan makna kepada persoalan kenapa perlu membaca?
Sumber dari FB page Setia Dengan Kebenaran.
Membaca dikaitkan dengan mencari ilmu
Ilmu akan menyuluh jalan kebenaran. Membaca akan memberikan kita ilmu yang akan memandu kita dalam membuat keputusan. Bagaimana pula dengan mendengar atau hadir sahaja ke majlis ilmu? Adakah dengan hadir ke majlis ilmu sudah cukup memberi kita ilmu yang secukupnya. Bagaimana pula dengan membaca status-status Facebook yang memberi manfaat, adakah ianya cukup memberi kita ilmu dan panduan yang bersesuaian?
Sejujurnya, majlis ilmu dan status-status FB tidak cukup mengukuhkan ilmu yang kita perlu. Dalam keterbatasan waktu majlis ilmu dan ringkasnya status-status FB, kedua-duanya bolehlah kita ambil sebagai pencetus rasa ingin tahu yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara.
Buku ditulis dengan dengan penuh cermat dan huraian yang lengkap akan sesuatu perkara. Isi kandungan buku pula dikarang dari kajian, pemerhatian dan pengalaman penulis. Maka dengan itu, memang amat patutlah kita baca buku, cari ilmu, tak kira sama ada kita dah kaya-raya, dah ada ijazah, dah ada PhD, malah lebih patut kita membaca sekiranya kita hanya ada sijil darjah 6.
Bacalah, moga Allah mengasihani kita.
“Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran qalam (pena). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-Alaq: 3-5)
Jika anda berminat untuk mencari kebenaran dan setia dengannya, dapatkan buku Setia Dengan Kebenaran segera.