Skip to main content

Cara meningkatkan semangat juang usaha

Kita akui, kadang-kadang datang rasa seperti kita ini tidak bermaya untuk mencapai gol yang kita sasarkan pada hari itu.

Tak pasti apa penyebabnya. Tapi pasti ada ubatnya. Ubat untuk membunuh rasa lemah tak berupaya itu, supaya kita dapat bangkit berusaha mencapai gol untuk hari itu.

Gol harian kita berbeza-beza, ada yang golnya untuk hari itu ialah mengemas ruang tamu hingga bersih dan kemas. Ada yang gol untuk hari itu ialah bersenam selama 30 minit secara intensif. Ada yang meletakkan sasaran gol untuk update entri blog untuk hari itu dan 7 hari mendatang.

Namun, kadang-kadang mood untuk berbuat sesuatu itu tidak datang. Hehe, salahkan mood, jadi diri sendiri nampak baik, mood yang salah, bukan diri sendiri.

Jadi, jika kita bertanggungjawab dengan nasib diri kita, maka kita perlu kepada ubat untuk meningkatkan semangat berusaha kita.

Semangat yang hilang
Kita cari pulang
XPDC

Salah satu cara untuk meningkatkan semangat usaha kita ialah dengan mendapatkan inspirasi dari mereka yang berjaya. Lebih-lebih lagi inspirasi dari mereka yang berjaya mengatasi cabaran yang sungguh sukar dalam keadaan kekurangan, namun mereka berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

kulit belakang buku Inspirasi Sukur
Kulit belakang buku Inspirasi Sukur.

Inspirasi Sukur, sebuah buku mengisahkan liku-liku perjalanan serba mencabar lagi sukar seorang insan OKU bernama Sukur, membina hidupnya, membina perniagaannya, dan memberi inspirasi pula kepada insan-insan lain, OKU ataupun tidak.

Buku Inspirasi Sukur

Saya petik satu kisah detik-detik susah Sukur di awal perjalanannya membina perniagaan karpetnya.

"Kroniknya kami waktu itu, sampaikan kami akan balik ke kampung pada setiap hari Jumaat, dan pagi Isnin baru balik ke Kuala Lumpur. Ada tiga hari kami dapat makan percuma. Maklumlah di Kuala Lumpur semua kena bayar. Ketika itu, saya dan Wani kerap berkongsi makanan. Beli sepinggan, kongsi berdua. Betul-betul tidak ada duit, dan kami sedar yang kami memang betul-betul susah." Mohd Sukur Ibrahim

Saya sendiri, selepas baca buku ini, selalu bertanyakan diri, jika Sukur boleh, apa alasan yang aku ada untuk kata tidak boleh?

Sudah rasa bersemangat sikit? Kalau belum, mungkin anda perlu segera dapatkan buku Inspirasi Sukur ini.

Buku

No comments

Leave your comment

In reply to Some User