Skip to main content

Diari makan hari # 5

Hari Isnin, hari bekerja, senang sikit nak kawal makan. Mungkin sebab diralitkan oleh kerja yang perlu disiapkan.

Minda disibukkan dengan hal-hal kerja di pejabat, jadi kurang sikit fikir pasal makan. Juga kurang sikit masa berada dekat dengan makanan atau minuman.

Sarapan di rumah dengan mee kasar masak sup dan juga air L.A. Coffee. Apabila tiba di pejabat, ada pula pulut kuning cicah kuah kari ayam.

Tengahari pula saya makan nasi putih, sayur goreng dan ayam goreng. Air pula air kosong.

Makan malam juga makan nasi dengan lauk ikan goreng sambal dan ulam terung rebus.

Apabila perut rasa lapar, saya kunyah buah belimbing besi. Rasa lapar masih ada, saya kunyah pula buah jambu batu.

Berapa agaknya jumlah kalori pemakanan saya untuk hari ini? 2000kCal ada kot?

WP 20170911 001 mee kasar sup air LA coffee
WP 20170911 002 pulut kuning kari ayam
WP 20170911 003 nasi sayur ayam goreng
WP 20170911 004 nasi ikan goreng sambal ulam terung rebus budu
WP 20170911 006 buah belimbing besi
WP 20170911 008 buah jambu batu

Diari Makan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User