Skip to main content

Diari makan hari # 4

Hari Ahad juga hari yang sangat mencabar dalam mengawal pemakanan. Mood senang hati hujung minggu, menjadikan perut rasa macam boleh diisi dengan macam-macam makanan sedap-sedap.

Lebih-lebih lagi kalau pergi berjalan-jalan, lagilah cepat saja terasa lapar, walaupun baru jer makan sejam yang lepas.

Sarapan pagi hari Ahad ini bermula dengan roti putih Gardenia disapu mentega kacang, dan juga kuey tiaw goreng. Untuk minuman, saya bertahan dengan air kosong sahaja. Kuey tiaw goreng tu saya makan 2 pinggan. Ada pula donut yang anak tak habis makan, terpaksalah abah yang habiskan.

Diselang-seli dengan makan buah belimbing besi dan juga jambu batu apabila rasa nak mengunyah. Perut tak lapar, tapi mulut rasa nak mengunyah. Haha..

Tengahari kami keluar jalan-jalan ke rumah saudara di Klang dan juga singgah jalan-jalan di Plaza GM Klang. Di rumah saudara, kami makan mee goreng, dan minum teh-o ais.

Berjalan-jalan sekitar Plaza GM Klang, kami kunyah cekodok sayur yang dibawa bekal dalam kereta. Ternampak teh ais cincau yang menyelerakan dijual di tepi jalan, kami beli satu.

Saudara kami tu juga bekalkan donut untuk kami makan dalam kereta.

Sampai rumah, lepas maghrib, makan pula nasi, ayam goreng dan sayur rebus.

WP 20170910 002-roti-mentega-kacang
WP 20170910 003-kuey-tiaw-goreng
WP 20170910 004-buah-belimbing-besi
WP 20170910 005-jambu-batu
WP 20170910 006-donut
WP 20170910 007-kuey-tiaw-goreng
WP 20170910 008-mee-goreng
WP 20170910 009-teh-o-ais
WP 20170910 010-cekodok-sayur
WP 20170910 014-teh-ais-cincau
WP 20170910 015-donut
WP 20170910 016-donut-lagi
WP 20170910 017-makan-malam

Diari Makan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User