Skip to main content

Pemampat Penghawa Dingin (Air-cond compressor)

Saya bukan pakar. Sekadar nak bercerita. Jika anda lebih arif, tolong ajarkan saya. :) Air-cond compressor yang ditukar tempoh hari rosak semula. Asap keluar dari bonet enjin.

Mencuakkan sungguh. Baru 3 bulan lepas saya tukar compressor, yang recon punya. Kali ini, rosak semula. Compressor recon ni maksudnya, compresssor yang telah digunakan oleh orang lain, dibaiki sedikit, kemudian dijual semula. Dalam kata lain, bukan yang original, tapi terpakai sudah. Air-cond compressor yang recon ini berharga sekitar RM600 sebiji.

Aduh, nasib tak berapa baik, air-cond compressor recon itu dah rosak. Tak mahu lagi guna recon, baik guna yang original saja. Air-cond compressor yang original harganya sekitar RM1100++, bergantung kepada model kereta, cc kereta, dan kalau tak silap saya, transmisi auto atau manual juga menentukan model / jenis compressor yang akan dipasang.

Spare part compressor ni takde kat kedai?

Saya tak tahu sebelum ni, yang spare part macam air-cond compressor ni, diaorang tiada dalam stok simpanan mereka. Mereka akan pesan dari pembekal untuk hantar air-cond compressor ni ke kedai mereka, bila ada pelanggan yang mahu tukar compressor. Dalam pengalaman saya baru-baru ini, saya menukar compressor di kedai di Bangi Seksysen 4, tapi compressor dihantar pembekal dari Pandan Indah.

Saya telah menggunakan kereta ini selama 3 tahun, menghampiri ke 4 tahun pada bulan September ini. Jarak perjalanan (milage) kereta telah melepasi 111111km. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat yang Kau kurniakan.

Begitulah cerita ringkas saya pasal air-cond compressor kereta Myvi saya.

Jika anda ada tips / petua penjagaan sistem hawa dingin kereta, sudi-sudikanlah kongsi dengan kami semua di ruangan komen di bawah.

Terima kasih banyak.

Amirul Faiz Abd. Razak

76400 Melaka

Myvi

No comments

Leave your comment

In reply to Some User