Belajar masak nasi
Tiba-tiba tergerak hati, meringankan tangan, membantu isteri masak. Nak masak lauk, tak cekap lagi. Masak nasi, bolehlah sikit-sikit. Saya kongsikan di sini apa yang saya belajar. Cara memasak nasi atas dapur gas. Bukan menggunakan periuk nasi elektrik.
Mula-mula beras dibasuh. Saya basuh 3 kali. Sambil selawat Nabi, mudah-mudahan berkat turun ke dalam nasi yang dimasak. Selepas dibasuh, air disukat sebanyak 1 ruas jari dari permukaan beras. Terus diletakkan atas dapur.
Di permulaan, api bolehlah dibuka besar. Sehinggalah air hampir kering, terus perlahankan api, seminimum mungkin. Tudung periuk ditutup supaya wap panas dapat memasak beras-beras di bahagian permukaan. Biarkan sehingga air kering.
Alhamdulillah, dengan panduan isteri, nasi yang saya masak tadi tak hangit. "Api tu jage, jangan besar sangat, kang hangit kang", "Jangan buka tudung periuk tu, nanti beras yang kat belah atas tak berapa masak", tegur cikgu (isteri) yang mengajar saya masak nasi tadi. Akhirnya, dapat kami berbuka dengan nasi yang tidak hangit. Yeay!