Design banner guna Adobe Illustrator
Saya telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa publisiti untuk program Research Symposium 2016. Sebuah acara yang menghimpunkan pelajar-pelajar pasca siswazah (Master, PhD) untuk berkongsi sesama peserta tentang kemajuan projek penyelidikan masing-masing.
Salah satu tugas jawatankuasa publisiti, adalah mereka (design) banner untuk digantungkan di pintu masuk kampus, supaya orang ramai tahu akan berlangsungnya acara ini. Sebuah tugas yang agak sukar apabila kita design sesuatu, pastinya akan ada banyak maklumbalas yang diterima bagi memperbaiki lagi design tersebut.
Daripada pengalaman saya yang telah menyediakan beberapa banner dan bunting, serta sembang-sembang dengan En. Nurzul, seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pengiklanan signboard dan sebagainya, beliau mengesyorkan saya menggunakan Adobe Illustrator. Grafik yang dilukis tidak akan pecah (pixelated) sekiranya dizoom, kerana Illustrator menggunakan vektor (garisan-garisan), berbanding imej biasa yang terdiri dari kotak-kotak kecil (pixel)
Saya ambil masa lebih kurang 3 jam untuk hasilkan design banner di atas. Haha.. orang kurang pengalaman, itu yang agak perlahan nak siap. Lukisan saintis yang sedang buat di kerja di makmal, di tepi banner itu, saya ambil dari Freepik. Ada banyak vektor yang percuma di situ, cuma perlu beri penghargaan (kredit) kepada laman tersebut apabila menggunakan vektor yang percuma. Kalau nak lagi cantik, belilah vektor yang premium, pasti lebih mengagumkan.
Saya tak pandai nak melukis, jadilah dengan download vektor percuma itu. Untuk percetakan, saya memilih material tarpaulin, dengan kualiti cetakan 720dpi, pada harga sekitar RM1.00 untuk sekaki persegi. Jadi untuk banner saya ini yang bersaiz 12 x 4 kaki, harganya ialah RM48 untuk 1 unit, belum masuk GST lagi. Biasanya untuk banner, kedai dah siap pasang lubang untuk ikat (eyelet) sebanyak 4 lubang. Saya minta tambah lagi 2 eyelet, dicaj 1 eyelet 50 sen. Masih okay bagi saya.