Video montaj perasmian kejohanan Bowling Piala Naib Presiden TNB
Saya telah diberi peluang untuk mempraktikkan sedikit-sebanyak apa yang saya telah pelajari dalam menggunakan perisian edit video (Premiere Pro) dan compose video (After Effects). Saudara Hafriz telah menghubungi saya untuk meminta bantuan dalam menyiapkan video montaj untuk dia tayangkan semasa acara pembukaan Kejohanan Bowling Piala Presiden. Video dalam 3 ke 4 minit.
Sumber-sumber gambar dan video serta ayat-ayat yang nak ditayangkan dalam video telah saudara Hafriz sediakan. Saya cuma edit templat yang dibeli dari Videohive. Muzik latar pula dibeli dari Audiojungle. Saudara Hafriz memberitahu yang dia terjumpa video-video yang saya pernah buat sebelum ini. Itu yang Hafriz berbincang dengan saya apakah saya boleh bantunya dalam menyiapkan video tersebut, dengan upah sebanyak RM500.
Memandangkan ini peluang untuk saya paksa diri belajar dan terus aplikasikan ilmu-ilmu Premiere Pro dan After Effects saya yang cetek, saya terima tawaran Hafriz. Dari laman web Videohive, Hafriz beli templat Photo Slideshow 3D II , dan juga dia beli muzik latar Health, Happiness & Success. Untuk bahagian kedua video, saya menggunakan templat yang pernah saya beli sebelum ini iaitu Inspired Intro, dan muzik latar Epic.
Saya diberi masa 2 minggu lebih untuk menyiapkan projek video montaj ini. Alhamdulillah, pengalaman-pengalaman lepas mengajar saya sedikit-sebanyak untuk render pada resolusi yang sangat rendah dahulu, sebagai draf, dan saya tunjukkan kepada Hafriz melalui Whatsapp.
Setelah banyak kali draf dihasilkan, tibalah masanya untuk render draf terakhir dalam resolusi yang tinggi. Bahagian compose video, saya buat di dalam After Effect. Bahagian adunan video, audio, susunan video, saya buat di dalam Premiere Pro.
Dan beginilah hasilnya :
Jika Tuan / Cikpuan perlukan bantuan untuk hasilkan video montaj seperti ini, bolehlah berbincang dengan saya. Saya akan bantu sebaik mungkin, dengan upah yang munasabah. :)