Skip to main content

Animate pergerakan garisan seperti dalam graf, After Effects.

Dalam belajar sesuatu, kita mesti lakukan atau praktikan apa yang dipelajari, barulah kita akan benar-benar faham dan merasai sendiri susah atau senang sesuatu perkara yang dipelajari itu. Untuk belajar bagaimana menghasilkan video composition menggunakan After Effects, saya suka untuk ikut tutorial 5 minit yang disediakan oleh Mr. Mikey Borup.

Oleh kerana dia sudah pro, maka dia dapat tunjukkan bagaimana sesuatu efek asas dihasilkan dalam masa kurang lebih 5 minit. Ini bolehlah dikira sebagai peringkat asas dalam After Effects. Dia juga ada menghasilkan tutorial yang perlukan lebih masa, 10 minit dan 30 minit punya kategori.

Kali ini, saya cuba untuk ikut tutorialnya dalam menghasilkan efek ringkas menunjukkan garisan dan anak panah dihujung bergerak dari satu point ke point berikutnya, macam pergerakan menunjukkan perubahan nilai-nilai dalam sebuah graf bar.

Kalau tengok sahaja dia buat dalam tutorialnya, nampak mudah sangat, 5 minit dah siap. Apabila saya cuba, ternyata, hampir 40 minit baru saya siap. Kenapa begitu? Kerana saya pun belum begitu faham dan mahir dengan opsyen-opsyen yang ada dalam After Effects ini.

Belajar dari kesilapan.

Apa yang saya silap ialah, saya fikir Shape layer dan solid layer itu benda yang sama, rupanya tidak. Shape layer kita akan hasilkan bentuk seperti empat segi, poligon, bulat dan sebagainya. Solid layer pula kita akan hasilkan, hmm.. Layer yang pejal? Hehe.. Saya main hentam saja.

Untuk create solid layer, klik kanan di bahagian layer-layer disusun, dan pilih create solid. Untuk create shape, boleh gunakan pen tool dan lukis, atau rectangle tool.

Kalau kita select solid layer yang dah kita hasilkan tadi, kemudian kita pilih pen tool, automatik pen tool itu akan lukis mask, dan bukannya shape.

Haha.. Kalau baca yang saya tulis kat atas ni, mungkin anda tak dapat nak bayangkan kan? Takpe, anda boleh tonton tutorial asas yang dia telah hasilkan yang menerangkan perkara asas dalam After Effects.

Jadi, saya telah dapat belajar bagaimana bezakan solid layer dan shape layer, bagaimana guna pen tool untuk hasilkan path, bagaimana copy path dan pastekannya ke dalam path brush effect, bagaimana nak paste path yang sama kepada anak panah supaya bergerak dalam laluan path yang sama, dan bagaimana nak aturkan supaya anak panah itu bergerak menunjukkan arah pergerakan yang betul.

Nampak senang kan? Cubalah hands-on, baru kita benar-benar tahu dan merasai, senang ke susah. Kalau nak senang hasilkan video composition, boleh saja anda dapatkan template After Effects di videohive.net, kemudian edit sikit-sikit teks atau gambar atau videonya.

No comments

Leave your comment

In reply to Some User