Video Intro Logo, Mudah dan Ringkas
Kalau anda ikut beberapa penulisan saya sebelum ini, anda akan perasan, betapa rumitnya nak buat / compose video menggunakan After Effects. Rumit kerana kita belum faham dan mahir. Kalau dah faham dan mahir, insyaAllah mudah. Akan tetapi, ada cara yang lebih mudah untuk kita hasilkan video yang nampak canggih.
Caranya ialah dengan dapatkan templat video composition tersebut dari laman web videohive.net. Software yang banyak digunakan dalam menghasilkan video-video animasi ni adalah Adobe After Effects. Ada juga templat video untuk Apple Motion.
Ini satu contoh saya hasilkan video logo reveal yang mudah, hanya perlu tukar text, tambah sikit gambar tangan menulis tu, dah siap. Segala efek-efek kotak-kotak, garisan-garisan dah di setting oleh tuan yang menjual templat video tersebut.
Inilah hasilnya, video berdurasi kurang lebih 7 saat, sesuai digunakan untuk intro vlog atau video korporat, atau apa-apa video yang kita mahu promo sekejap jenama kita. :)
Jadi, daftarlah di videohive.net, ada banyak template-template After Effects yang menarik, yang mudah untuk diedit, dan hasilnya wow. :D
Ya, memang template-template yang ada di videohive.net itu berbayar. Bagaimana nak dapat yang percuma? Nanti saya tulis tentang template-template yang percuma itu. :)