Dapatkan barangan digital di Envato Market secara percuma.
Envato market terdiri dari beberapa kategori pusat jualan barangan digital kreatif. Contohnya, Themeforest, ada menawarkan banyak template-template laman web, untuk Wordpress, Joomla! mahupun HTML. Jika anda mencari template-template poster, risalah, atau ilustrasi, Graphicriver lah tempatnya. Kalau anda mencari muzik latar dan kesan bunyi khas, bolehlah cari di Audiojungle.
Untuk mendapatkan barang-barang digital kreatif ini, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu di salah satu laman di bawah Envato Market. Anda boleh mendaftar akaun secara percuma di sini.
Setelah mendaftar akaun, anda boleh mendapatkan aset-aset kreatif digital secara percuma yang ditawarkan oleh Envato Market. Sebagai contoh, pada bulan April ini, aset-aset kreatif berikut ditawarkan.
Bagi saya, saya selalu menunggu fail aset percuma dalam kategori After Effects project dan audio ataupun muzik latar. Sekali-sekala, saya tinjau juga fail-fail imej yang ditawarkan secara percuma pada suatu-suatu bulan itu.
Jadi, apa tunggu lagi, daftar segera di Envato Market. Daftar percuma. Kemudian tunggu setiap bulan untuk download fail-fail percuma yang ditawarkan.
Semestinya fail-fail percuma yang ditawarkan secara bulanan itu ada terma dan syaratnya, sila baca dengan telitinya. Secara ringkas, apa yang saya faham, ianya adalah berkenaan penggunaan fail-fail percuma bulan itu, yang tidak boleh kita jual semula, dan tidak boleh digunakan untuk tujuan komersil.
Semoga kerja-kerja projek kreatif anda akan lebih lancar dengan sumber ilham dan inspirasi dari Envato Market.