Skip to main content

Tiba-tiba ada error, aduhai! After effects error : could not convert unicode characters.

Projek video kali ini, saya nak buat di Macbook, tapi oleh kerana Macbook saya ni makan masa yang lama nak render video berdurasi 47saat, saya tukar ke laptop Windows. Macbook saya ambil masa hampir sekitar 4 jam untuk render 47 saat punya video. Pergh, lambat betul. Tak pasti apa yang tak kena pada Macbook saya, bila melibatkan render ni, pasti makan berjam-jam. Tu baru render video 47 saat, kalau video 2 minit, mahu 8 jam agaknya Macbook saya render. :(

Jadi saya copy semua folder projek video itu, dan transfer ke laptop windows. Buka After Effects CS6, buka fail projek video, tiba-tiba keluar error mesej ada 7 fail missing.

Bagaimana nak cari fail apa yang missing pada panel projek? Taip sahaja missing di ruang search.

Dah jumpa fail apa yang missing, nak replace footage, tiba-tiba keluar mesej

After effects error : could not convert unicode characters.
(23::46)

Alamak, nak buat camner nih?

Hasil carian di internet, menjumpakan saya dengan cadangan penyelesaian, iaitu, tengok semula nama-nama folder-folder yang mana kita simpan aset-aset untuk projek video kita. Kalau ada folder yang namanya ada character atau aksara unicode seperti *%#, yang mana After Effects tak recognize, maka kita kena delete unicode itu.

Alhamdulillah, berjaya. :D

Haa... lega..

No comments

Leave your comment

In reply to Some User