Inspirasi / idea untuk hasilkan Powerpoint slide yang cantik
Setakat yang perasan, ramai juga penceramah yang membentangkan slide Powerpoint dalam ceramah atau syarahan mereka. Boleh juga saya katakan, rata-rata penceramah sediakan slide Powerpoint yang tidak begitu menarik perhatian. Maksud saya, dari segi pemilihan font, pemilihan gambar, warna tulisan, susun atur gambar dan teks atas slide, tidak begitu menarik, untuk ditonton. Isi ceramahnya dah baik, kalau ditambah lagi dengan slide Powerpoint yang menarik, pasti bertambah-tambah lagi manfaat buat penonton.
Sekadar berkongsi, tempoh hari, saya hadir ke kursus pemantapan webmaster. Masuk kepada bahagian alat-alat (tools) berkaitan dengan rekaan grafik (graphic design), seperti poster, pochure, gambar banner, slide powerpoint dan sebagainya, kami ditunjuk ajar untuk menggunakan perkhidmatan online Canva.
Di Canva.com, ada banyak template poster, gambar dan teks, pembentangan (presentation), web banner dan banyak lagi, yang mana kita boleh edit dengan teks dan gambar kita. Kemudian kita boleh download sebagai format jpeg atau pdf.
Apa yang bagusnya Canva.com ini? Ia memberikan idea atau inspirasi kepada kita untuk menghasilkan susunatur slide / susunatur gambar teks yang menarik.
Ada templat yang berbayar, ada templat yang percuma.
Sebgai contoh, tempoh hari, saya kena bentangkan kepada pelajar pascasiswazah (postgraduate student) berkaitan dengan prosedur perolehan (procurement) di fakulti khususnya. Saya kena bangunkan slide Powerpoint supaya boleh diberikan kepada pelajar-pelajar, dan mereka boleh rujuk pada kemudian hari.
Kalau saya gunakan templat slide yang dah sedia ada dalam Powerpoint, pasti boring rasanya. Jadi saya dapatkan inspirasi / idea bagaimana nak susunatur teks dan gambar serta hiasan yang patut diletakkan dalam slide Powerpoint.
Ini inspirasi yang saya pilih.