Skip to main content

Cara bercakap dengan anak

Terperasan di Facebook ada perkongsian tentang ayat-ayat yang elok diucapkan apabila bercakap dengan anak-anak.

Antara contoh ayatnya.

Kita selalu cakap kepada anak begini “kalau Naufal tak kemas mainan ni, abah tak mau bawa Naufal gi jalan-jalan.” Ini nampak macam mengugut.

Saranan yang diberikan untuk ubah cara kita bercakap kepada anak.

Cakap begini “Lepas Naufal kemas semua mainan ni, abah bawa gi jalan-jalan.” Ini nampak macam memberi harapan.

Bagus cadangan ayatnya. Untuk nak berubah ke arah itu, perlu kepada perubahan yang menyeluruh.

Saya berpandangan, ayat yang dicadangkan untuk ibu bapa guna itu, ada unsur-unsur seorang penyabar dan tenang. Sabar dalam erti kata, tidak terus menghamburkan kata-kata, tapi sabar dan ambil masa untuk kita menyusun ayat yang sesuai.

Sabar yang kedua pula ialah sabar dalam melakukan perubahan ini berkali-kali.

Takkan buat sekali dah jadi kan?

Takkan cakap sekali “Abah rasa Naufal pandai tutup pintu itu dengan perlahan. Atau Naufal nak abah tunjukkan cara yang betul untuk tutup pintu?”

Terus anak itu berubah?

Cakap elok-elok sekali, dia buat juga.

Cakap elok-elok lagi sekali, eh, dia buat juga.

Cakap elok-elok kali ke 3, ehh.. budak nih.. “Suka nak buat abah marah eh..” dan kita pun terus dengan bebelan spontan kita yang sebelum-sebelum ini.

Haha..


Sumber dari FB ibubapacemerlang.

Takpe-takpe, apabila datang kesedaran untuk berubah, buatlah, walau sedikit. Walau berubah dengan langkah pertama yang paling utama, iaitu, tak terus naikkan suara dan membebel.

Perlu realistik, perubahan perlukan masa, sedikit demi sedikit. Yang paling penting, kita sedang berubah, walaupun perubahan yang paling sedikit, harapnya konsisten, istiqomah.

Random

No comments

Leave your comment

In reply to Some User