Mari Baca, Nota Hati Seorang Lelaki
Anda seorang lelaki? Pernah terfikir sejauh mana anda efektif menjalankan tugas? Sebagai seorang anak, seorang ayah, seorang suami dan seorang dai'e. Syukur jika anda ada memikirkannya.
Anda seorang wanita? Takpe, buku ini masih sesuai untuk anda, membantu anda memahami peranan anak lelaki anda, ayah anda, dan suami anda.
Buku tulisan Pahrol Mohd. Juoi ini merupakan himpunan kisah-kisah pendek tentang anak, ayah, suami dan dai'e. Sungguhpun kisah-kisahnya pendek, tapi mesej yang disampaikan dari kisah pendek itu sungguh mendalam, meresap ke dalam jiwa.
Anda boleh beli buku Nota Hati Seorang Lelaki ini dari bookcafe, klik sahaja link ini.
Antara kisah yang memberi kesan kepada saya sebagai seorang anak. Kisah di mana seorang ibu yang telah tua dan uzur, berkata kepada anaknya "bila ibu dah tiada nanti, siapalah yang akan mendoakan kau nanti."
Insaflah wahai anak-anak (muda dan tua), kesejahteraan, kejayaan anda dalam hidup ini, berkat dari doa ibu bapamu yang tak pernah jemu-jemu berdoa untuk kamu sekalian.
Sebagai seorang suami, kata-kata dalam buku baik ini yang terngiang-ngiang dalam kepala saya, "jangan harapkan ketaatan isterimu, andai diri tidak taat pada Allah." Ya, jika isteri anda tak taat, muhasabah sedalam-dalamnya ketaatan anda kepada Yang Maha Pengasih.
Begitulah sedikit ulasan saya berkenaan buku yang sungguh bagus diteliti dan diamati oleh setiap lelaki muslim. Baik yang muda, mahupun tua.
Bacalah ya.
Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi