Apabila terasa lemah, bacalah Inspirasi Sukur
Sejak akhir-akhir ni saya mudah berasa lemah atau 'down'. Mungkin kerana banyak sangat cuti, menjadikan saya berasa lesu, baik fizikal, mahupun mental.
Mujur juga ada buku Inspirasi Sukur yang saya beli baru-baru ni. Membaca kisah-kisah mengkagumkan insan bernama Mohd Sukur Ibrahim mendepani cabaran demi cabaran, menaikkan sedikit semangat saya.
Saya berkata pada diri sendiri "Kalau Sukur yang kurang sempurna fizikalnya itupun kuat berusaha mengatasi cabaran, apa alasan yang saya ada untuk berasa lemah semangat?"
Antara kisah yang menarik ialah laluan pendidikan yang dilalui Sukur, dari sekolah rendah hinggalah ke Universiti. Kisah itu membuatkan saya mengenang semula potensi diri. Kalau Sukur kuat semangat hadapi cabaran, saya perlu lebih kuat.
Sekarang ni saya baru baca separuh buku Inspirasi Sukur ini. Rasanya dalam minggu ni, saya boleh habiskan baca buku ini.
Anda boleh beli buku ini di sini.