Hari keluarga di Tadom Hill Resort
Aktiviti hari keluarga untuk tahun ini diadakan di Tadom Hill Resort.
Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini dan yang paling seronok sekali ialah bermain air tasik.
Seawal 8.30 pagi kami sekeluarga dah sampai. Selesai pendaftaran dan sesi ucapan alu-aluan, aktiviti sukaneka terus dimulakan.
Ada aktiviti untuk dewasa sahaja, ada aktiviti untuk anak-anak sahaja, dan ada aktiviti untuk dewasa dan anak-anak.
Selesai aktiviti sukaneka, acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pula.
Selesai semua penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, kami semua dihidangkan dengan jamuan nasi beriani yang sedap.
Acara yang dirancang hanyalah setakat ke tengahari. Jadi, lepas habis makan tengahari dan jalan-jalan sikit dalam kawasan Tadom Hill Resort tu, kami pun terjun masuk ke air tasik.