Skip to main content

Balik kampung, jalan sesak, 10 jam perjalanan

Kali ini giliran beraya di Gua Musang, Kelantan. Cuti hujung minggu ni begitu panjang, bermula dengan Hari Kemerdekaan, kemudian cuti Hari Raya Haji, dan ditambah pula dengan cuti peristiwa kemenangan Sukan SEA ke-29 pada Isnin nanti.

Kami gerak dari Bangi pada pukul 7.00 pagi, 31 Ogos. Jangkaannya, jalan tidak sesak sangat dengan kenderaan. Jangkaan kami meleset, banyak sungguh kenderaan atas lebuhraya. Kesesakan yang kami terpaksa tempuhi, Gombak ke Karak, Raub ke Lipis, Padang Tengku ke Merapoh.

Perjalanan yang biasanya ambil masa sekitar 5 – 6 jam, jadi 10 jam, barulah kami selamat tiba di Paloh 3, Gua Musang.

Ingatkan ramai yang dah balik kampung sebelum cuti merdeka, kerana cuti sekolah dah mula 4 hari sebelum itu. Tapi nampaknya, memang ramai lagi yang belum balik kampung lagi.

Ditambah pula dengan Naufal yang demam, dan Nur Balqis yang baru baik demam, perjalanan balik kampung kali ini mencabar kesabaran sungguh.

Tiba di penghujung lebuhraya untuk masuk ke Merapoh, suhu enjin Myvi tiba-tiba naik, aircond rasa tak sejuk, terus kami berhenti di bahu jalan, berehat sekejap. Akhirnya, kami teruskan perjalanan, tapi tanpa buka aircond, buka tingkap. Berpeluh-peluh kami bergerak sikit-sikit dalam kesesakan itu.

Naufal sampai menangis tak tahan panas. Haha.. Saya dan isteri hanya mampu memujuk. Kadang-kala anak-anak perlu diberikan pengalaman bersusah-susah seperti ini, moga dia kuat di kemudian hari.

Habis sahaja keluar dari kesesakan itu, dan pemanduan kembali lancar, barulah kami hidupkan semula aircond. Barulah terasa betapa nikmatnya kesejukan itu.

Apapun, syukur kami selamat sampai ke kampung. Alhamdulillah.


Sesak dari tol Gombak hingga ke Lentang.

Jalan-jalan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User