Skip to main content

Templat Video After Effects Percuma bulan Febuari 2017

Pada setiap bulan, Envato akan memberikan fail-fail projek percuma kepada ahli yang telah berdaftar dengan di Envato. Fail-fail projek percuma itu kadang-kadang templat projek After Effects melalui videohive.net, kadang-kadang stok rakaman video (footage), ada juga audio / muzik percuma melalui audiojungle.net, dan banyak lagi fail-fail percuma yang diberi setiap bulan.

Selalunya, yang menarik perhatian saya ialah templat projek After Effects yang percuma, fail audio / muzik percuma, templat laman web Wordpress, dan juga stok gambar (stock photo) yang percuma, yang berlainan setiap bulan. Pemberian fail-fail percuma yang berlainan setiap sebulan sekali ini, adalah langkah menarik minat pengunjung laman web Envato untuk melanggan kepada perkhidmatan pasaran produk digital mereka.

Baiklah, terus sahaja kita kepada templat video After Effects percuma bulan Feb 2017 ini, templat video ini adalah berupa persembahan slaid (slideshow) yang ringkas, tapi menarik. Sedikit elemen garisan yang bergerak, menutupi dan mendedahkan teks, menambah daya penarik video slideshow ini.

Kita perlu berdaftar dahulu di videohive.net ini sebelum boleh download tempat video After Effects percuma ini. Ingat! Pendaftaran adalah percuma. Ya, percuma, masukkan sahaja username, dan butiran maklumat diri, tak perlu kepada maklumat kad kredit atau Paypal, kerana pendaftaran adalah percuma. Selepas daftar, boleh terus muat turun templat video After Effects ini.

Kalau terlepas promosi bulan Feb 2017 ini, kira melepaslah kita muat turun templat percuma itu. Bulan Mac nanti, mungkin fail projek lain pula yang dipromosikan mereka. Boleh jadi templat After Effects, boleh jadi stok rakaman video, juga boleh jadi fail projek Apple Motion.

Berbalik kepada fail projek After Effects yang percuma bulan ini, saya telah editkan dengan memasukkan gambar-gambar produk Sate Kebab yang saya ada jual. Jadi, bolehlah dikatakan saya mewar-warkan dua perkara dalam satu video, satunya, saya mewar-warkan khidmat mengedit templat video After Affects, yang keduanya, saya mewar-warkan produk Sate Kebab yang mana saya menjadi ejen untuk pelanggan yang mahu mencuba Sate Kebab itu.

Ia kerja yang mudah, hanya perlu masukkan gambar / rakaman video ke dalam templat, dan edit teks mengikut keperluan kita. Walaupun mudah, ia proses yang memakan masa kerana perlu memilih gambar yang sesuai dan juga memikirkan teks yang hendak ditaip.

Untuk video promo sate kebab yang berdurasi 1 minit ini, saya ambil masa sekitar 3 ke 4 jam. Ia seperti yang saya nyatakan di atas, proses memilih gambar dan memikirkan teksnya yang mengambil masa. Mujurlah animasinya tidak begitu kompleks, jika kompleks, maka akan lebih banyak masa yang diperlukan untuk render dan export hasil akhir video itu nanti.

Dalam perisian After Effects, saya cuma edit tempat video tersebut. Proses adunan video dan muzik latar, saya lakukan dalam Premiere Pro, kerana lebih mudah untuk proses edit video bersama audio. Audio muzik latar yang sya gunakan itu juga saya perolehi dari salah satu laman web envato, iaitu audiojungle.net. Fail audio ini juga adalah pemberian percuma bagi bulan Feb 2017 ini.

Harga sebenar untuk fail-fail ini diluar bulan promosi ialah USD 28 untuk templat After Effects dan USD15 untuk audio, justeru itu, silalah sedut cepat fail-fail itu sementara masih percuma dalam bulan Feb 2017 ini.

Sekiranya anda perlukan perkhidmatan untuk edit video, bolehlah whatsapp saya di 017-6657605. Begitu juga jika anda mahu mencuba Sate Kebab yang sedap ini. :)

No comments

Leave your comment

In reply to Some User