Skip to main content

Membuat karipap, masa banyak diisi.

Alhamdulillah, masa kami suami isteri sejak akhir-akhir ini banyak terisi dengan membuat karipap. Seronok apabila karipap yang dibuat, dapat memberi makan kepada ramai orang. Saya kongsikan secara ringkas bagaimana kami membuat karipap.Masak inti karipap kentang. Kemudian tepung diuli, dicanai, dipotong kecil-kecil untuk dijadikan kulit karipap, akhirnya dikelim sekeliling tepi karipap. Selepas ini, karipap pun digoreng. Mmmm, memang sedap. :)

Sedikit perkongsian, resepi membuat kulit karipap. Bahan-bahan :
1kg tepung gandum,
1 sudu besar marjerin,
2 senduk minyak masak,
Garam secukup rasa,
Air (lebih kurang 2 cawan)

adunan tepung buat karipap

Cara-cara : Gaul tepung, marjerin, dan minyak hingga sebati. Larutkan garam dalam air. Tuang air yang mengandungi sedikit garam tadi kedalam acuan tepung sedikit demi sedikit. Gaul dan uli hingga sebati. Pastikan air yang dituang kedalam tepung itu bersesuaian, supaya tepung yang diuli tidak terlalu keras, dan tidak terlalu lembik untuk dicanai nanti.

Nak tempah karipap, marilah. :D

Bisnes

No comments

Leave your comment

In reply to Some User