Skip to main content

Kalau mahu cari remis, duduklah tepi pantai.

Aktiviti yang ramai orang buat apabila berada di pantai, semestinya bermandi-manda. Tapi saya tidak, kerana tujuan kami pergi ke Pantai Pengkalan Balak, Melaka, bukan sekadar mahu menikmati keindahan alam semulajadi, tapi lebih kepada misi mencari remis / lala. Saya panggil benda kecil bercengkerang ini remis. Ada yang panggilnya lala. Tidak mengapa, yang penting, kita merujuk kepada binatang yang sama.

Bagi saya, seronoknya mencari remis ini ialah pada proses pencarian itu sendiri. Kais-kais, jumpa, kais lagi, jumpa lagi, uih, rasa seperti seronok sangat terjumpa harta karun yang tertanam. Ralit saya dibuatnya. Makan remis tidaklah begitu mengujakan, kerana rumitnya nak makan remis yang begitu halus. Namun begitu, air rebusan dari remis ini tadi, memang manis. Ye lah, benda segar dari pantai, bukan yang dibeli di pasar. Jadi, idea yang agak cantik ialah, beli tomyam di kedai, bawa balik rumah, panaskan tomyam, tambah remis ke dalamnya, pasti lebih sedap. :D Tapi saya belum pernah cuba idea ini.

Asalnya saya nak tunjukkan cara merebus remis-remis ini, tapi tidak berkesempatan. Secara ringkas yang boleh saya ceritakan. Rebus sahaja remis-remis yang telah dibersihkan dari pasir. Kandungan air pastikan tidak terlalu banyak, nanti tawar pula air rebusan. Tambahkan serai dan garam secukup rasa. Rebus sampai remis-remis ini terbuka cengkerangnya. Sedap isi remis, begitu juga air rebusannya.

Mencari remis antara aktiviti kegemaran saya di pantai. Anda pula bagaimana? :)

 

Ummi dan Naufal cari remis di pantasi

Naufal dan umi mencari remis juga.

Jalan-jalan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User