Skip to main content

Rempeyek kacang tanah

Antara kuih tradisi yang selalu disediakan oleh mak dan abah ialah rempeyek. Snek tradisional yang tidaklah sepopular kuih-kuih raya yang lain. Namun rempeyek sangat sinonim dengan sambutan Aidilfitri dalam keluarga saya.

adunan rempeyek kacang tanah

Sangat mengagumkan apabila kita mengenang kembali betapa sabar dan gigihnya datuk nenek kita yang tekun memasak kuih-kuih tradisi yang selalunya mengambil masa yang agak lama. Rempeyek merupakan antara snek kegemaran abah saya. Waktu gigi abah kuat masa beliau muda belia, abah suka makan kuih gunting, lebih keras / rangup, lagi abah suka.

Memikirkan, untuk menghabiskan 1kg adunan rempeyek tidak akan mengambil masa yang begitu lama, saya lantas membantu mak menggoreng rempeyek. Adunan rempeyek mengikut resepi mak adalah seperti berikut :

  • Tepung beras 1kg
  • Jintan manis 1 paket kecil
  • Telur 1 biji
  • Santan 1 biji kelapa
  • Garam, ajinomoto, secukup rasa.
  • Kapur sireh, setengah sudu.
  • Kesemua bahan diatas dikisar dengan mesin pengisar (blender) hingga sebati.
  • Adunan dibiarkan sejam ke 2 jam bagi adunan sebati.
  • Tibalah ke proses menggoreng, kita boleh menggunakan kacang tanah, kacang dal dan ikan bilis, sebagai bahan atas rempeyek. Oh ya, alat yang digunakan untuk menggoreng rempeyek itu dibuat sendiri oleh abah saya. Alat itu boleh dicari di kedai-kedai, tapi rak semua kedai ada, kena cari di kedai-kedai lama.

rempeyek kacang tanah

Berdasarkan pengalaman saya, 1kg adunan, mengambil masa kira-kira 1 jam lebih untuk digoreng hingga siap. Alhamdulillah, siap juga menghabiskan 1kg adunan rempeyek. Ada yang panggil rempeyek, ada yang panggil tempeyek, yang pasti, ia snek yang sedap semasa Aidilfitri atau mana-mana majlis dan aktiviti santai.

rahsia jana 5 angka dengan bisnes burger

No comments

Leave your comment

In reply to Some User