Majlis Ihtifal & Jamuan Akhir Tahun Taski Tahfiz (Tasfiz)
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sesi persekolahan Naufal dah sampai ke penghujung. Hari Sabtu, 4 Nov 2017 telah diadakan suatu majlis meraikan anak-anak Taski Tahfiz ini.
Naufal bersemangat nak pergi. Dari hari Isnin dia dah ingatkan saya majlis hari Sabtu ni. Katanya cikgu suruh dia dan kawan-kawan menyanyi dan menari.
Selesai majlis, Naufal kata "seronoknya..".
Bagi saya dewasa ni, saya tengok macam biasa jer reaksi dia. Rupanya dia betul-betul gembira, mungkin sebab dapat beraktiviti dengan kawan-kawan, itu yang best agaknya.
Terima kasih banyak kepada guru-guru Taski Tahfiz (Tasfiz)Kompleks Pendidikan Islam Bangi, yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis meraikan anak-anak ini.
Memang suatu tugas yang amat mencabar untuk menguruskan budak-budak sekitar umur 5 - 6 tahun ini, lebih-lebih lagi dalam bilangan yang ramai.
Terima kasih cikgu.
Tahun depan Naufal masuk darjah satu. Abah dan ummi Naufal yang tengah risau memikirkan macam-macam, baju sekolah, buku sekolah, beg, alat-tulis, nak pergi sekolah dengan bas/van atau hantar sendiri, dan macam-macam lagi.
Tahniah! untuk anak abah, semoga darjah satu nanti, Naufal dapat segera menyesuaikan diri.