Jangan hanya belajar untuk tahu, tapi belajarlah untuk hasilkan sesuatu.
Kita boleh belajar apa sahaja yang kita mahu. Pernah pensyarah saya, Prof. Dr. Burairah berkata dalam kelas e-Commerce "kat internet, kat Youtube, anda boleh belajar apa sahaja yang anda mahu, nak belajar buat bom pun boleh".
Dalam dunia dengan teknologi yang semakin maju ini, kita boleh belajar apa sahaja yang kita mahu. Belajar buat web, belajar menjahit, belajar pasang braces, dan macam-macam lagi. Teknologi memudahkan orang untuk belajar sesuatu. Perlu juga diingatkan, ada bidang ilmu itu, kita perlu belajar dari sumber yang ditauliahkan, contohnya macam belajar pasang braces tu, perlu belajar dari sumber yang bertauliah, untuk elakkan mudarat pada orang ramai.
Bidang-bidang ilmu yang lain, seperti jahitan, masakan, pembangunan aplikasi, fotografi, dan banyak lagi, boleh je belajar dari mana-mana sumber yang boleh kita capai, belajar dari internet, youtube, dari buku, dari kawan-kawan atau pergi kelas dan seminar, dan macam-macam cara lagi untuk kita belajar.
Gambar hiasan dari Flickr
Belajar sahaja, tanpa menghasilkan sesuatu, tak guna juga. Macam kata-kata hikmah "Ilmu tanpa amal, bagai pokok tanpa buah". Justeru, belajarlah, belajar buat latihan, berlatih hingga mahir dan cekap.
Apabila dah mahir dan mantap apa yang dipelajari, hasilkan sesuatu, tawarkan produk atau servis, boleh jana pendapatan. Kalau tak nak jana pendapatan pun, ilmu yang dipelajari itu tadi, boleh dipraktikkan untuk diri sendiri. Belajar masak nasi contohnya, sekurang-kurangnya dapat isi perut sendiri. Hehe..
Hasilkan sesuatu untuk diri sendiri sahaja, kurang seronok kan? Kalau kita pandai buat karipap, buat karipap untuk makan sorang-sorang, kurang seronok kan? Kurang feel. Kita buat karipap, bagi kawan-kawan, tetamu, saudara-mara rasa karipap yang kita buat. Senario yang boleh jadi ialah.
1 - Karipap yang kita buat tu sedap, sedap sangat kerana kurang oksigen, inti yang padu, serta rasa kari dan kentang yang cukup. Kawan-kawan pasti akan bagi cadangan untuk kita jual karipap, atau mungkin ada kawan kita yang nak order terus.
2 - Karipap yang kita buat tu tak berapa sedap. Kawan-kawan yang makan kata "okaylah, bolehlah.." Takpe, walau terasa hati sikit, kita belajar sesuatu dari kegagalan ini. Yang penting, kita dah belajar, dan dah praktikkan apa yang kita belajar, cuma hasilnya tak seperti yang kita harapkan.
Takpe, teruskan usaha untuk belajar lagi, buat lagi, hasilkan lagi, hingga akhirnya kita berjaya hasilkan sesuatu yang kita sendiri rasa amat berpuas hati.
Jadi, isi utama dari video ini ialah, jangan hanya belajar untuk tahu, tapi belajar untuk hasilkan sesuatu.
https://www.flickr.com/photos/llowrain/5523800294/