Skip to main content

Cekodok Geragau Sarapan Pagi yang sedap di kampung

Sarapan pagi merupakan aktiviti yang paling utama untuk memulakan hari kita. "Makan apa untuk sarapan?". Kalau bertemakan moden, kita makan bijirin sarapan, bertemakan tradisional kita makan nasi lemak, roti canai, lontong, nasi kerabu, dan sebagainya. Kalau bertemakan kampung, kita makan cekodok, lempeng dan sebagainya. Cekodok, ada yang panggil jemput-jemput. Kata isteri saya, orang Kelantan panggil 'jepu''.


Sumber protein datangnya dari geragau itu.


"Tau tak geragau tu ape?" Mungkin ramai yang dah tahu.

Geragau adalah anak udang yang kecil-kecil tu. Geragau adalah bahan mentah untuk dibuat belacan dan cencaluk.

Kampung saya di Tanjung Kling, mungkin tengah musim geragau waktu ni, mak dapat banyak geragau segar yang diberi oleh jiran-jiran dalam kampung. Masa saya kecil-kecil dahulu, mudah untuk melihat orang kampung jemur geragau untuk dijadikan belacan. Sekarang zaman dah berubah, dah payah nak jumpa orang kampung jemur geragau, jemur belacan. 

Pagi ni, mak menurunkan resepi cekodok geragau kepada isteri saya. Geragau segar dicampur dengan cili mesin (cili kering yang sudah direbus dan di'blender'), daun limau purut (dihiris-hiris), bawang besar(dihiris juga), dan garam secukup rasa. Tepung gandum ditambah dan digaul, sehingga adunan agak lembik, jangan terlalu kenyal, nanti cekodok keras.


Geragau dah gaul sebati dengan cili mesin, daun limau purut dan bawang, serta garam.


Gaul dengan tepung gandum.


Hingga sebati seperti ini. Kemudian, goreng.

Goreng hingga garing dan hidangkan. Hasilnya, boleh dimakan begitu saja, atau dicecah sos atau sambal. Sedap.


"Kasar ke kalau kita panggil cekodok?"
"Kalau panggil jemput-jemput lebih sopan sikit kan?"

Bagi saya "Cekodok ke, jemput-jemput ke, tak kesah, asalkan sedap dimakan." :)

Gendang gendut tali kecapi,

Kenyang perut, suka hati.


Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka

Makan

No comments

Leave your comment

In reply to Some User