Skip to main content

Envato beri barang percuma sempena Jumaat

Freebies dari Envato sempena menghampiri hujung minggu ni sungguh menarik. Ada font signature, template wordpress untuk website tema gym atau fitness, ada muzik epic cinematic emotional, dan yang menarik perhatian saya, template Video After Effects untuk intro tajuk bertemakan sains.

Envato Five Friday Freebies
Lima fail digital yang diberi percuma sempena Five Friday Freebies

Kalau nak buat video intro yang macam ni punya kompleks, perlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam After Effects. Jadi, kita yang belum mahir ni, belajarlah sikit-sikit, ambil inspirasi, tengok macam mana orang pandai buat.

Yang paling mudah nak edit dalam templat ni, selalunya kat bahagian teks. Kita boleh tukar teks ikut kemahuan kita. Background, efeks, pergerakan, motion, transition dan sebagainya, kita biarkan sahaja setting default template itu. Lainlah kalau kita benar-benar mahir dalam After Effects, banyak lagilah yang boleh kita ubah, ikut kesesuaian kreativiti kita.

Cantik video intro tajuk bertemakan sains ni. Macam ala-ala nak opening cerita The Mentalist. Itu lagi satu kelebihan menghasilkan projek guna templat, kerja jadi lebih mudah kerana pembuat templat dah pilih lagu latar atau bunyi efek yang sesuai untuk projek tersebut.

Hampir 2 jam godek-godek templat After Effects ni, tukar tulisan teksnya, render (3jam lebih), dan inilah hasilnya (23 saat).

Harapnya Envato akan beri freebies yang menarik lagi di bulan hadapan.

Untuk bulan Sept ni, videohive / Envato ada beri templat After Effects percuma, iaitu video intro logo dengan efek api. Kalau anda berminat, daftar terus kat videohive dan download template After Effects tersebut. Ingat, daftar percuma.

Video, After Effects, Videohive

No comments

Leave your comment

In reply to Some User