Skip to main content

Buku Setia Dengan Kebenaran

Tertarik nak baca buku ini disebabkan oleh susunan ayat-ayatnya yang membuatkan kita berfikir dari sudut pandang yang lebih sejahtera dengan rujukan Al-Quran dan as-Sunnah. Berfikir atas landasan menuju destinasi kebenaran.

Apakah itu kebenaran? Apa yang betul? Kalau ramai orang kata “ya, inilah yang betul.” Adakah itu suatu kebenaran? Kadang-kadang hati kita terdetik “eh, ye ke?” “Macam too good to be true jer.”

Apabila terdetik hati begitu, ringankanlah tangan mencari kebenaran.

Buku ini mengingatkan bahawa kebenaran itu adalah sebuah perjuangan akal yang sejahtera dan hati yang ikhlas, dan buku ini bergerak ke dalam daerah itu.

Kita teliti sikit ayat di atas, kebenaran itu adalah sebuah perjuangan.

Siapa yang berjuang? Akal dan hati.

Akal dan hati yang bagaimana? Akal yang sejahtera dan hati yang ikhlas.

Berjuang melawan apa? Berjuang melawan sifat malas diri sendiri supaya rajin berfikir, rajin membaca, rajin mengesahkan berita yang diterima, rajin menganalisa sendiri apa sebetulnya yang benar.

Hati yang ikhlas akan memandu akal yang sejahtera supaya akal berfungsi dengan fungsinya yang tepat. Tidak lemah, dan tidak pula terlebih memandai-mandai.

Makanya, tiada jawapan mudah untuk persoalan “apakah itu kebenaran?” di dalam buku ini. Yang ada hanyalah buku ini melatih akal supaya banyak berfikir, mudah-mudahan akal sejahtera, dan hati kita menjadi ikhlas.

No comments

Leave your comment

In reply to Some User