Skip to main content

Cara beli topup prepaid njoi

Astro NJOI adalah perkhidmatan TV satelit percuma dari Astro. Percuma dari segi kita tak perlu bayar bulanan, cuma perlu bayar sekali sahaja waktu nak pasang piring dan decoder NJOI. Ia telah dilancarkan pada 18 Feb 2012 dalam satu kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan pihak Astro.

Saya mula pasang NJOI di rumah pada 2014, sebelum tu saya guna aerial TV yang biasa tu, yang macam tulang-tulang tu. Tapi bila melihatkan kualiti gambar di TV yang tak berapa jelas, kadang-kadang berpasir, saya pasang NJOI. Bayar RM380++ untuk pemasangan, kalau saya tak silap, dah lama, tak ingat pula. Hehe..

Mulanya saya layan sahaja channel yang diberi percuma macam TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, Prima, Maya, Awani, tapi lama-kelamaan, rasa boring pula. Jadi saya pun beli topup NJOI, dan beli saluran / cerita di Astro Best / First.

Cara beli topup prepaid NJOI

Satunya kita boleh beli kad topup di kedai-kedai macam 7Eleven, Kedai Mesra Petronas dan banyak lagi kedai yang ada jual topup NJOI ni. Tengok jer kat dinding kedai tu kalau-kalau mereka ada tampal sticker "Prepaid NJOI ada dijual di sini". Topup NJOI ada RM10, RM20 dan RM30.

Saluran kedua pula, boleh beli topup prepaid NJOI ni melalui perbankan internet. Saya sendiri, suka beli prepaid NJOI kat CIMB Clicks.

  1. Lepas login CIMB Clicks, pergi pada tab Top-up
  2. Pilih Internet & Others
  3. Top-up kepada nombor telefon kita. Saya buat camni, top-up kat handset saya, nanti guna handset lagi satu untuk send SMS kod top up, senang sikit.
  4. Dah siap

Kemahiran Hidup

No comments

Leave your comment

In reply to Some User