Alhamdulillah, tamat pengajian MBA.
Saya ada suatu cita-cita, untuk memilik perniagaan sendiri. Cuma tak berapa jelas lagi, mahu berniaga apa. Sewaktu bekerja di Institut Bioteknologi Melaka, saya mencari-cari program MBA yang ditawarkan institusi di sekitar Melaka, antaranya UiTM dan UTeM. Saya memilih Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan, UTeM untuk pengajian MBA, atas faktor yuran yang murah dan jadual kelas yang tidak mengganggu hujung minggu.
Cabaran dan halangan mematangkan kita.
Bukan sedikit cabaran dalam pengajian MBA ini. Mungkin dari segi pembelajaran, cabarannya agak mudah. Cabaran yang lebih sukar, adalah di luar kelas. Mengatur jadual masa, antara kerja, keluarga, diri sendiri. Bertambah mencabar apabila saya ditawarkan bekerja di Fakulti Farmasi, UKM. Terpaksa berulang alik dari Bangi ke Melaka untuk hadir ke kelas di sebelah malam. Terima kasih Ya Allah, di waktu yang mencabar itu, dapatku rasa, betapa aku berdoa dengan penuh sungguh-sungguh dan penghayatan.
Manfaat dari program MBA ini.
Dari program MBA inilah saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar, idea, untuk saya melihat alam maya sebagai medan peluang untuk mencari pendapatan sampingan, dan tidak mustahil, alam maya sebagai tempat berniaga, suatu hari nanti.
Hubungkait MBA dengan BSc.
Untuk makluman anda, Ijazah pertama saya ialah Ijazah SarjanaMuda Sains (Bioteknologi Tumbuhan), dari UKM. Memang agak sukar, mencari rasionalnya saya melanjutkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Namun saya suka dengan ucapan mendiang Steve Jobs (pengasas bersama Apple Inc.) pada majlis graduasi Universiti Stanford. Kata beliau :
If I had never dropped out, I would have never dropped in on this calligraphy class, and personal computers might not have the wonderful typography that they do. Of course it was impossible to connect the dots looking forward when I was in college. But it was very, very clear looking backwards ten years later."
Saya fikir, saya hanya boleh memahami hubungkaitnya MBA yang saya ambil dengan BSc, pada 10 tahun yang akan datang.
Terima kasih!
Terima kasih kepada Mak, Abah, Isteri, para pensyarah, rakan-rakan sepengajian, rakan-rakan sekerja dan anda semua yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Tanpa anda semua, saya tempang berjalan dalam perjalanan dunia yang penuh ujian ini.
Terima kasih!