Masalah install mac OS High Sierra
Apabila ada notifikasi suruh update OS kepada mac OS High Sierra, saya tunggu sampai balik kampung untuk update. Satunya kerana kat rumah mak abah ada wifi streamyx unlimited. Kalau guna mobile data saya, takut tak cukup quota nak download OS High Siera yang baru ni.
Jadi saya pun mulalah mendownload mac OS High Sierra yang baru tu. Lama jugalah nak download dan mula install. Tiba kat tengah-tengah proses install tu, kat skrin tulis 43 minit to finished, tiba-tiba Macbook Pro saya keluar mesej “Error installing OS…”. Tak ingat mesej penuh, yang saya ingat, Macbook Pro saya tiba-tiba takleh nak boot.
Panik
Saya shut down dengan tekan lama-lama button power, on semula, masih lagi tak boleh boleh nak boot. Macbook Pro saya pusing-pusing nak boot tak boleh, dia restart balik. “Alamak… camner boleh jadi gini pulak nih.. Dah la banyak file-file penting dalam Macbook Pro nih. Aduh.."
Nasib baik
Saya pun search kat Youtube mac OS High Sierra install error. Jumpa satu video dari user India ni, tapi solution yang dia bagi, kena guna external hard-disk (Time capsule) yang ada backup. Aduh.. saya takde mende alah time capsule tu.
Scroll kat komen, Ha! Alhamdulillah.. ada juga orang yang mengalami masalah yang sama macam saya, dan dia telah dapatkan penyelesaian yang lebih mudah, tak perlu time capsule. Bila tengok tarikh komen tu, 1 week ago, ape? Fuhh.. lega, nasib baik dah ada orang share penyelesaian ni. Kalaulah saya tergesa-gesa update tempoh hari, mungkin saya akan kemurungan hujung minggu nih. Haha..
Pengajaran yang boleh diambil.
Sebelum nak update apa-apa software, elok kalau kita search sikit review orang yang dah update, kalau-kalau mereka terkena masalah ketika update dan selepas update. Keduanya, backcuplah file-file penting kat external hard-disk, kalau ada. Kalau takde backup, kenalah jaga elok-elok laptop yang kita selalu guna buat kerja nih.
Itu saja nak cerita. Selamat berhujung minggu.?